Pages

Subscribe Twitter Facebook

Sabtu, 31 Julai 2010

Ragam1Malaysia.Blogspot.Com

Salam kepada semua pembaca-pembaca serta bloger-bloger.Aku nak cerita sikit tentang diri aku dan kenapa aku menulis blog.Aku dilahirkan didalam keluarga yang sederhana di sebuah kampung selatan tanah air.Aku dah lama nak menulis blog ni tapi masa tidak mengizinkan aku berbuat demikian kerana aku sibuk menguruskan diri aku yang haru biru ni.Hahaha...Atas semangat 1 Malaysia aku akan menulis tentang cerita yang berkisar dalam kehidupan masyarakat Malaysia.Dalam Ragam 1 Malaysia juga aku akan paparkan cerita berkenaan hiburan,masalah,politik serta kerenah kehidupan manusia dari seluruh pelusuk bumi.Aku akan menulis apa yang aku nak tulis,peduli apa orang nak kata itu diorg punya pasal..Aku akan menulis pandangan-pandangan aku sebagai masyarakat akar umbi yang dibesarkan didalam masyarakat kampung yang mempunyai pelbagai pandangan,yang diorang tahu hanyalah bercakap dan bertekak dikedai kopi sahaja.Bagi aku tu hanya membazirkan air liur saja.Tapi tu diorang punya cara la kan,aku tak boleh nak cakap apa.Masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk menyuarakan pandangan dan pendapat sendiri.Kepada pembaca-pembaca yang ada cerita menarik,kisah hitam atau luahan perasaan atapun diri yang dalam delima yang berlaku dalam kehidupan anda dan ingin dikongsi bersama,boleh la email kan cerita anda di ragam1malaysia@gmail.com Kat sini gak aku nak semua orang boleh meluahkan perasaan yang dikongsi bersama dan mungkin masalah tu boleh diselesaikan atas komen dan pandanngan pembaca yang lain (maklumat sebenar akan dirahsiakan).Semoga ragam1Malaysia menjadi wadah perbincangan dan penyelesaian ragam manusia.Majulah ragam1Malaysia.blogspot.com untuk masyarakat 1 Malaysia.All the best and good luck.:)