Sebelum kita membongkar dengan lebih lanjut lagi tentang erti Hari Kekasih ini,mari kita mencari dari mana cetusan untuk menamakan hari tersebut sebagai Valentine Day.Dan mengapa Valentine Day di sambut pada 14 Februari setiap tahun.Menurut Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.
Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol pada tanggal 14 Februari. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya dan mengingati St. Valentino sebagai kekasih rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova melakonkan semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella bagi mengitati peristiwa tersebut.Dan sebagai Umat Islam kenapa kita juga harus berpesta dan mengagung-agungkan tarikh 14 Februari,adakah kita juga bersama-sama mereka meraikan kejayaan mereka menjatuhkan umat Islam pada tarikh tersebut?Bapa Paderi Sedunia Tahun 1935 yang bernama Zeumer pernah mengatakan:
"tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka"
Sedar atau pun kita tidak sedari, inilah perancangan yang telah direncana oleh musuh Islam. Sesetengah umat Islam kini mula diracuni oleh rancangan jahat serangan pemikiran oleh kaum kafir. Dan ini adalah satu contoh serangan senyap melalui minda untuk menjauhkan daripada Pencipta kita. Kekuatan umat Islam adalah bertunjangkan kepada keteguhan berpegang kepada Al Quran dan Sunnah. Lalu timbullah rancangan jahat bertujuan menjauhkan umat Islam daripada memahami kalam Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah. Perkara ini telah disedari oleh bekas Perdana Menteri Britain, William Gladstone puluhan tahun dahulu yang mana menyebut:
"selagi Al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan berjaya selama-lamanya"
Menurut versi kedua pula berkenaan sambutan Valentine Day disebutkan bahawa,St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana lain agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara sementara paderinya itu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.
Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa? Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu. Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari. Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredai seperti berkenduri doa selamat atau sebagainya. Bukankah Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana bagindalah manusia yang paling mencintai umatnya.
Ahad, 13 Februari 2011
Rabu, 8 September 2010
Warna-Warni Politik Dalam Ramadhan.
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.Dalam 2 atau 3 hari lagi mungkin kita akan menyambut Aidilfitri atau hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berperang dengan kehendak nafsu.Tapi aku sedih kerana dalam bulan Ramadhan ini,ramai ahli politik tidak mengambil kesempatan yang Allah bagi kepada kita untuk memperbetulkan diri dan menyatukan umat Islam dalam Malaysia sendiri.
Masing-masing dengan keegoan dan kedegilan sendiri.Cuba kita tengok kembali apa yang berlaku sepanjang dalam bulan Ramadhan tahun ini.Perkara sebegini bagi aku mencemarkan bulan Ramadhan tetapi ada ahli-ahli politik yang kononnya memperjuangkan Islam mempertahankan tindakan mereka.
1.Isu khatib mendoakan Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang.
2. Ahli Parlimen Serdang,Teo Ni Ching menyampaikan 'takzirah' di ruang solat surau
Al-Huda.
Hudhaifah Bin al-Yaman berkata;Rasulullah SAW bersabda (maksudnya);
"Fitnah itu akan diperlihatkan pada hati seperti tikar menimbulkan bekas kepada orang yang menidurinya.Hati manapun yang mendapatkannya akan tercoreng dengan titik noda hitam.Hati siapapun yang mengingkarinya akan tertulis padanya titik putih,sehingga hati itu kembali kepada salah dari dua macam hati,yakni;Pertama,hati hitam bercampur dengan sedikit putih bagaikan cawan yang senget yang tidak mengenal kebaikan dan tidak mengingkari keburukan,kecuali hanya menyerap hawa nafsunya.Kedua,hati putih yang tidak akan pernah terganggu oleh fitnah apapun selama masih tegak langit dan bumi".
Makna Hadis tersebut adalah,jika seseorang mengikuti hawa nafsu dan berani melakukan banyak dosa,maka hatinya akan dipenuhi kegelapan.Hati itu bagaikan cawan,jika terbalik,maka segala isinya akan tertumpah.Dan sekiranya cawan itu tidak ditegakkan kembali,kalau kita menuangkan air kedalamnya hanya sedikit sahaja yang akan masuk kedalam cawan itu ataupun air tersebut sedikit pun tidak akan masuk kedalamnya.
Jadi kalau kita pikirkan,ketika Iblis dan Syaitan dibelenggu dalam bulan Ramadhan manusia tidak dapat mengawal nafsu mereka.Kenapa kita tidak mengambil kesempatan ini untuk memperkuatkan Ummah?Aku tak nampak kemenangan umat Islam dalam bulan Ramadhan,yang jelas adalah kekalahan kita menahan nafsu yang sentiasa meronta-ronta.
Ahad, 5 September 2010
Kenapa UMNO Tersungkur Pada PRU-12?
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.Pada pilihanraya ke 12 tahun 2008 ramai dikalangan pemimpin UMNO yang tidak sangka bahawa UMNO boleh tersungkur di beberapa negeri yang sebelum ini dukuasai oleh UMNO sebagai parti tunjang Barisan Nasional.Sebenarnya sebelum PRU-12,aku telah berbual dengan beberapa kawan-kawan aku,dan aku telah menyatakan bahawa pada tahun tersebut,beberapa kerusi yang selama ini dikuasai oleh BN akan bertukar tangan.Tapi aku tidak menyangka pula,bukan takat beberapa kerusi jek yang dirampas pembangkang,malah pembangkang turut merampas beberapa negeri yang sebelum ini diperintah oleh Barisan Nasional.
Sebenarnya kekalahan BN dibeberapa negeri adalah kerana beberapa faktor dan sebab,aku hanya akan tulis beberapa sebab;
1.Kebanyakan Pemimpin UMNO angkuh,sombong dan ego.Betul tak?Kalau korang nak tau
korang kena tengok apa yang korang lakukan untuk UMNO?Ini kata-kata Datuk Seri
Shahrizat semasa kempen BN di Lembah Pantai "Nurul Izzah adalah seperti anak saya,dan
sebelum ini saya pernah bertanding disini (Lembah Pantai) dengan tokoh-tokoh politik
pembangkang(beliau ada menyebutkan nama tokoh-tokoh tersebut) yang mempunyai
pengaruh dan akhirnya saya menang"Kita suka sangat bila bercakap seolah-olah kita ni
bagus sangat betol tak?Itulah bila kita ni takabur dan riak Allah akan tunjukkan
kekuasan-Nya.
2.Pemuda UMNO berhidung tinggi.Ni lagi satu ni.Aku nak tanya dengan Pemuda
UMNO,adakah mereka pernah mendekati golongan-golongan pemuda dengan hati yang
terbuka?Masa nak mintak tolong sikit punya susah,bila pilihanraya baru terkedek-kedek
nak mintak undi.Aku tengok parti pembangkang terutama dari PKR banyak mengambil
berat dan berdamping dengan anak-anak muda dengan cara selamba dan mesra,tidak
seperti pemuda UMNO yang kadang-kadang nak jumpa pemimpin di peringkat bahagian
pun susah.Pihak pembangkang berlaku sedemikian kerana mereka tahu anak-anak muda
adalah aset yang penting bagi mereka pada masa depan.Tetapi Pemuda UMNO mungkin
berfikiran anak-anak muda ni menyusahkan mereka.
3.Ada kementerian yang diketuai oleh UMNO yang berfikiran dan membuat keputusan yang
menyukarkan kehidupan rakyat.Sebagai contoh semasa harga minyak dunia tidak stabil
pihak kementerian telah mengambil keputusan untuk mengkaji harga minyak 3 bulan
sekali.Beginikah seseorang Menteri berfikir dan membuat keputusan?Mereka pikir mereka
je yang bagus tanpa memikirkan kapayahan rakyat ketika itu.Aku pernah juga
terpikir,kenapa kadang-kadang Menteri ni berfikir seperti budak sekolah darjah 6?
Itulah antara pendapat aku mengapa UMNO tersungkur pada PRU-12.Tak pasal-pasal Johor yang sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat BN ditembusi oleh pembangkang.
Kekalahan BN pada PRU-12 menunjukkan bahawa rakyat menunjukkan kuasa mereka melalui undi walaupun bagi aku mereka bukan mengundi pembangkang untuk pembangkang menerajui kepimpinan negara.Rakyat sekarang sudah bijak,mereka tidak hanya mendengar tetapi mereka tengok apa yang kerajaan lakukan untuk keharmonian dan pembangunan ekonomi untuk mereka.
Jadi kalau kita sama-sama sayangkan UMNO,baik dari peringkat MT,Negeri dan Bahagian berubahlah menjadi yang terbaik.Pihak akar umbi sentiasa memerhatikan anda semua.Kalau akar rosak maka rosaklah pokok tersebut.
Rabu, 1 September 2010
CROCS Hina Islam?
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.Kadang-kadang aku pelik,orang-orang Malaysia ni sibuk sangat berpolitik sampai benda yang menghina Islam pun diorang tak perasan kan?Sibuk menyalahkan antara 1 sama lain.
Sebenarnya cerita yang menyatakan jenama CROCS ni menghina Islam aku dah lama dengar,tapi tak berkesempatan untuk menulis.Pada mulanya aku beranggapan yang cerita ini macam main-main jek,tapi bila aku tengok sendiri memang betul kalau kita tengok dalam lambong jenama CROCS ni kalo kita amati terbentuk perkataan ALLAH dalam huruf jawi.
Memang ada yang berkata kemungkinan lambang tersebut menyamai kalimah ALLAH adalah secara kebetulan sahaja.Tapi bagi aku,golongan yang anti Islam ni diorang akan buat apa sahaja cara untuk menghina Islam termasuk dengan cara halus sebegini.Kita kadang-kadang bangga kononnya kita pakai kasut yang berjenama,dalam masa yang sama golongan yang anti Islam mentertawakan kita kerana kalimah Allah Yang Maha Esa berada dibawah dan menjadi alas kaki kita.
Pada sesiapa yang telah membeli kasut ini,aku nasihatkan bahawa korang patut buang lambang CROCS tu.Kalau nak buang kasut tu pun sayangkan,duit beratus dah abes,jadi buang jek logo dia tuh.
Dan aku amat berharap agar pihak berkuasa,agar menyiasat dengan lebih lanjut perkara ini.Jangan pandang rendah sebab kat Malaysia,aku tengok sekarang ni,Islam dah jadi permainan sesetengah pihak.
Isnin, 30 Ogos 2010
Anwar Dan Karpal Tak Pakai Otak???
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua.Aku ketawa sendiri bila tengok video ni.Anwar cakap DAP dan PAS tak pakai otak.Tapi sekarang ni PKR,DAP dan PAS duduk bawah satu payung,iaitu PR.Bila kita duduk dengan orang yang tak pakai bermakna kita pun tak guna otak.Ibarat meludah kelangit akhirnya keceper dekat muka sendiri.Hahaha...Tapi dalam ketiga-tiga parti Anwar paling menggunakan otak sebab dia ada dua kuda tunggangan untuk dia mencapai cita-cita politik.Iyelah kan orang yang takder otak selalunya akan digunak oleh orang yang berotak.
Langgan:
Catatan (Atom)