Rabu, 8 September 2010
Warna-Warni Politik Dalam Ramadhan.
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.Dalam 2 atau 3 hari lagi mungkin kita akan menyambut Aidilfitri atau hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berperang dengan kehendak nafsu.Tapi aku sedih kerana dalam bulan Ramadhan ini,ramai ahli politik tidak mengambil kesempatan yang Allah bagi kepada kita untuk memperbetulkan diri dan menyatukan umat Islam dalam Malaysia sendiri.
Masing-masing dengan keegoan dan kedegilan sendiri.Cuba kita tengok kembali apa yang berlaku sepanjang dalam bulan Ramadhan tahun ini.Perkara sebegini bagi aku mencemarkan bulan Ramadhan tetapi ada ahli-ahli politik yang kononnya memperjuangkan Islam mempertahankan tindakan mereka.
1.Isu khatib mendoakan Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang.
2. Ahli Parlimen Serdang,Teo Ni Ching menyampaikan 'takzirah' di ruang solat surau
Al-Huda.
Hudhaifah Bin al-Yaman berkata;Rasulullah SAW bersabda (maksudnya);
"Fitnah itu akan diperlihatkan pada hati seperti tikar menimbulkan bekas kepada orang yang menidurinya.Hati manapun yang mendapatkannya akan tercoreng dengan titik noda hitam.Hati siapapun yang mengingkarinya akan tertulis padanya titik putih,sehingga hati itu kembali kepada salah dari dua macam hati,yakni;Pertama,hati hitam bercampur dengan sedikit putih bagaikan cawan yang senget yang tidak mengenal kebaikan dan tidak mengingkari keburukan,kecuali hanya menyerap hawa nafsunya.Kedua,hati putih yang tidak akan pernah terganggu oleh fitnah apapun selama masih tegak langit dan bumi".
Makna Hadis tersebut adalah,jika seseorang mengikuti hawa nafsu dan berani melakukan banyak dosa,maka hatinya akan dipenuhi kegelapan.Hati itu bagaikan cawan,jika terbalik,maka segala isinya akan tertumpah.Dan sekiranya cawan itu tidak ditegakkan kembali,kalau kita menuangkan air kedalamnya hanya sedikit sahaja yang akan masuk kedalam cawan itu ataupun air tersebut sedikit pun tidak akan masuk kedalamnya.
Jadi kalau kita pikirkan,ketika Iblis dan Syaitan dibelenggu dalam bulan Ramadhan manusia tidak dapat mengawal nafsu mereka.Kenapa kita tidak mengambil kesempatan ini untuk memperkuatkan Ummah?Aku tak nampak kemenangan umat Islam dalam bulan Ramadhan,yang jelas adalah kekalahan kita menahan nafsu yang sentiasa meronta-ronta.
Ahad, 5 September 2010
Kenapa UMNO Tersungkur Pada PRU-12?
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.Pada pilihanraya ke 12 tahun 2008 ramai dikalangan pemimpin UMNO yang tidak sangka bahawa UMNO boleh tersungkur di beberapa negeri yang sebelum ini dukuasai oleh UMNO sebagai parti tunjang Barisan Nasional.Sebenarnya sebelum PRU-12,aku telah berbual dengan beberapa kawan-kawan aku,dan aku telah menyatakan bahawa pada tahun tersebut,beberapa kerusi yang selama ini dikuasai oleh BN akan bertukar tangan.Tapi aku tidak menyangka pula,bukan takat beberapa kerusi jek yang dirampas pembangkang,malah pembangkang turut merampas beberapa negeri yang sebelum ini diperintah oleh Barisan Nasional.
Sebenarnya kekalahan BN dibeberapa negeri adalah kerana beberapa faktor dan sebab,aku hanya akan tulis beberapa sebab;
1.Kebanyakan Pemimpin UMNO angkuh,sombong dan ego.Betul tak?Kalau korang nak tau
korang kena tengok apa yang korang lakukan untuk UMNO?Ini kata-kata Datuk Seri
Shahrizat semasa kempen BN di Lembah Pantai "Nurul Izzah adalah seperti anak saya,dan
sebelum ini saya pernah bertanding disini (Lembah Pantai) dengan tokoh-tokoh politik
pembangkang(beliau ada menyebutkan nama tokoh-tokoh tersebut) yang mempunyai
pengaruh dan akhirnya saya menang"Kita suka sangat bila bercakap seolah-olah kita ni
bagus sangat betol tak?Itulah bila kita ni takabur dan riak Allah akan tunjukkan
kekuasan-Nya.
2.Pemuda UMNO berhidung tinggi.Ni lagi satu ni.Aku nak tanya dengan Pemuda
UMNO,adakah mereka pernah mendekati golongan-golongan pemuda dengan hati yang
terbuka?Masa nak mintak tolong sikit punya susah,bila pilihanraya baru terkedek-kedek
nak mintak undi.Aku tengok parti pembangkang terutama dari PKR banyak mengambil
berat dan berdamping dengan anak-anak muda dengan cara selamba dan mesra,tidak
seperti pemuda UMNO yang kadang-kadang nak jumpa pemimpin di peringkat bahagian
pun susah.Pihak pembangkang berlaku sedemikian kerana mereka tahu anak-anak muda
adalah aset yang penting bagi mereka pada masa depan.Tetapi Pemuda UMNO mungkin
berfikiran anak-anak muda ni menyusahkan mereka.
3.Ada kementerian yang diketuai oleh UMNO yang berfikiran dan membuat keputusan yang
menyukarkan kehidupan rakyat.Sebagai contoh semasa harga minyak dunia tidak stabil
pihak kementerian telah mengambil keputusan untuk mengkaji harga minyak 3 bulan
sekali.Beginikah seseorang Menteri berfikir dan membuat keputusan?Mereka pikir mereka
je yang bagus tanpa memikirkan kapayahan rakyat ketika itu.Aku pernah juga
terpikir,kenapa kadang-kadang Menteri ni berfikir seperti budak sekolah darjah 6?
Itulah antara pendapat aku mengapa UMNO tersungkur pada PRU-12.Tak pasal-pasal Johor yang sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat BN ditembusi oleh pembangkang.
Kekalahan BN pada PRU-12 menunjukkan bahawa rakyat menunjukkan kuasa mereka melalui undi walaupun bagi aku mereka bukan mengundi pembangkang untuk pembangkang menerajui kepimpinan negara.Rakyat sekarang sudah bijak,mereka tidak hanya mendengar tetapi mereka tengok apa yang kerajaan lakukan untuk keharmonian dan pembangunan ekonomi untuk mereka.
Jadi kalau kita sama-sama sayangkan UMNO,baik dari peringkat MT,Negeri dan Bahagian berubahlah menjadi yang terbaik.Pihak akar umbi sentiasa memerhatikan anda semua.Kalau akar rosak maka rosaklah pokok tersebut.
Rabu, 1 September 2010
CROCS Hina Islam?
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.Kadang-kadang aku pelik,orang-orang Malaysia ni sibuk sangat berpolitik sampai benda yang menghina Islam pun diorang tak perasan kan?Sibuk menyalahkan antara 1 sama lain.
Sebenarnya cerita yang menyatakan jenama CROCS ni menghina Islam aku dah lama dengar,tapi tak berkesempatan untuk menulis.Pada mulanya aku beranggapan yang cerita ini macam main-main jek,tapi bila aku tengok sendiri memang betul kalau kita tengok dalam lambong jenama CROCS ni kalo kita amati terbentuk perkataan ALLAH dalam huruf jawi.
Memang ada yang berkata kemungkinan lambang tersebut menyamai kalimah ALLAH adalah secara kebetulan sahaja.Tapi bagi aku,golongan yang anti Islam ni diorang akan buat apa sahaja cara untuk menghina Islam termasuk dengan cara halus sebegini.Kita kadang-kadang bangga kononnya kita pakai kasut yang berjenama,dalam masa yang sama golongan yang anti Islam mentertawakan kita kerana kalimah Allah Yang Maha Esa berada dibawah dan menjadi alas kaki kita.
Pada sesiapa yang telah membeli kasut ini,aku nasihatkan bahawa korang patut buang lambang CROCS tu.Kalau nak buang kasut tu pun sayangkan,duit beratus dah abes,jadi buang jek logo dia tuh.
Dan aku amat berharap agar pihak berkuasa,agar menyiasat dengan lebih lanjut perkara ini.Jangan pandang rendah sebab kat Malaysia,aku tengok sekarang ni,Islam dah jadi permainan sesetengah pihak.
Isnin, 30 Ogos 2010
Anwar Dan Karpal Tak Pakai Otak???
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua.Aku ketawa sendiri bila tengok video ni.Anwar cakap DAP dan PAS tak pakai otak.Tapi sekarang ni PKR,DAP dan PAS duduk bawah satu payung,iaitu PR.Bila kita duduk dengan orang yang tak pakai bermakna kita pun tak guna otak.Ibarat meludah kelangit akhirnya keceper dekat muka sendiri.Hahaha...Tapi dalam ketiga-tiga parti Anwar paling menggunakan otak sebab dia ada dua kuda tunggangan untuk dia mencapai cita-cita politik.Iyelah kan orang yang takder otak selalunya akan digunak oleh orang yang berotak.
Sabtu, 28 Ogos 2010
Inilah Anwar Ibrahim!!!
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.Aku suka tengok video ni.Kisah dalam video ni adalah kisah realiti seorang pemimpin yang menghalalkan apa juga tindakan beliau demi kepentingan politik diri sendiri.Yang bestnya video ni adalah pelakon utamanya iaitu Anwar Ibrahim siputar alam.Kepada penyokong PKR buka mata dan telinga anda!!!Sanggupkah anda sentiasa dibohongi?Ops...aku silap,manusia ni kalau dah terlalu taksub bau taik pun dia cakap wangi,betul x?Tarik nafas panjang-panjang dan saksikanlah lawak jenaka dari Anwar Ibrahim.
Jumaat, 27 Ogos 2010
Tak Kesiankan Kita?
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran ...Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.
Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.
Aku sebagai manusia cuma mampu membantu takat mana yang mampu.
Name Wee Pengkhianat?
Assalamuaalaikum dan salam 1Malaysia.Ni la muka manusia yang tak reti kenang budi dan biadab.Nama dia Name Wee asal dari Muar.Mula menjadi biadab bila Lagu kebangsaan yang diubah dan di berikan tajuk Negarakuku.Dalam peristiwa itu mangkuk ni dah mintak maaf kat rakyat Malaysia,dan terlepas dari sebarang tindakan.
Sekarang pulak timbul 1 lagi isu kontroversi tentang mangkuk ni.Kali ini dia menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan berbaur perkauman dan menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia Sebagai kurang ajar..
Dalam kes ini aku nak tanya kat Kementerian Dalam Negeri,apa tindakan yang pihak mereka akan ambil?Adakah kementerian akan biarkan sahaja keceluparan Name Wee?Nampaknya Name Wee tidak pernah serik selepas isu Negarakuku yang lepas.Aku menyarankan agar KDN akan mengambil tindakan yang tegas terhadap budak biadap ni.Kalau aku,aku tarik je kewarganegaraan yang ada pada dia,sebab dia pun takde rasa tanggungjawab pun menjaga nama baik Malaysia.Orang yang macam ni tak perlu wujud dalam Malaysia,betul tak?Takkan bila dah buat mintak maaf,pastu buat lagi.Lama-kelamaan ramai rakyat yang berkelakuan seperti ini.
Khamis, 26 Ogos 2010
Bomoh Rogol 3 Beradik.
Bomoh durjana dijel 69 tahun
Oleh Alias Abd Rani
Harian Metro.
2010/08/26
Harian Metro.
2010/08/26
Hakim Timothy Finlayson Joel menjatuhi hukuman ke atas Jamir@Jamang Samah, 63, selepas dia mengaku salah atas semua empat pertuduhan merogol tiga beradik berusia 13, 14 dan 16 tahun yang dikenakan terhadapnya.
Ketika penghakiman, Timothy turut menegur Jamir selepas dia dilihat ketawa selepas mahkamah mempamerkan seluar tidur milik mangsa yang dirampas untuk dijadikan bahan bukti bagi mensabitkannya dengan kesalahan itu.
Lelaki itu bagaimanapun mengangguk selepas jurubahasa membacakan hukuman. Hakim mengarahkan hukuman dijalankan berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan.
Mahkamah turut menjelaskan, hukuman itu setimpal dikenakan terhadap tertuduh selepas mengambil kira beberapa hujah dikemukakan pihak pendakwa selain melihat perbuatan dilakukan begitu serius.
Jamir tidak diwakili peguam bela, manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Carl Patrick Ramesh.
Lelaki itu mengemukakan rayuan meringankan hukuman dengan memberi alasan dia sudah tua serta mempunyai keluarga untuk ditanggung.
Menurut kertas pertuduhan pertama, Jamir dituduh melakukan perbuatan itu pada Februari 2010 dalam bilik di sebuah rumah bernombor 71, Jalan Kulas Utara 2 dan kejadian berlaku antara 12 hingga 1 tengah hari.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, lelaki terbabit dituduh melakukan perbuatan itu pada 6 Mac 2010 antara 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Bagi pertuduhan keempat, dia dituduh melakukan perbuatan itu pada 7 Mac 2010 dan kejadian lebih kurang jam 9.30 pagi. Semua kejadian berlaku di tempat sama dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Berdasarkan fakta kes, pada 7 Mac lalu mangsa berusia 16 tahun membuat laporan selepas mengadu dirogol bomoh itu dan kejadian berlaku sejak Februari tahun sama.
Jamir yang dipanggil ‘datuk’ dan ketika kejadian mangsa memasuki biliknya bersama ibu saudaranya bagi mendapatkan rawatan sebelum menjalankan pemeriksaan mendapati mangsa terkena ilmu hitam dan tertuduh mendakwa dia mampu mengubatinya.
Bermula dari situlah mangsa diarahkan menanggalkan pakaian satu persatu sebelum lelaki itu mengambil kesempatan merogol kononnya cara itu mampu mengubati ilmu hitam pada tubuh mangsa.
Fakta itu turut mendedahkan, Jamir memaklumkan kepada mangsa, dia perlu menjalani enam lagi rawatan susulan bagi membolehkan penyakitnya diubati.
Beberapa hari kemudian, mangsa ke rumah seperti diarahkan sebelum lelaki itu melakukan perbuatan sama. Sebaik sesi rawatan berakhir, mangsa diberi air jampi.
Pada hari sama, kakaknya diarahkan membawa adiknya berusia 13 tahun kerana memberitahu dia mampu menjadikan suara gadis berkenaan lebih nyaring dan merdu.
Tindakan sama dilakukan apabila Jamir mengarahkannya menanggalkan pakaian satu persatu sebelum merogolnya. Sehari selepas kejadian itu, mangsa membawa adiknya berusia 14 tahun selepas memperdaya kononnya adik mangsa sudah kehilangan dara.
Lelaki itu mencadangkan adik mangsa ke rumah menjalani rawatan memulih dara sebelum merogolnya.
Untuk berita lanjut klik je kat sini.
Tidak salah kalau kita hendak berubat melalui cara tradisional.Tapi pastikan kita ditemani oleh ahli keluarga.Pesanan penting jangan terlalu percayakan bomoh,sebab sekarang ni bnyak bomoh penipu macam dalam cerita P.Ramle tu..Hahaha...
Mulut Longkang?
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Aku ada membaca sebuah akhbar yang dinaungi oleh parti PAS yang menerbitkan pandangan Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG).Dr.Tooh Kin Woon yang juga Presiden LLG telah menyatakan dalam akhbar tersebut yang isu perkauman tidak timbul jika tiada UMNO. Adakah kenyataan seperti itu patut dibuat?
Tidakkah apa yang dikatakan Dr.Tooh Kin Woon juga berunsur perkauman?Kerana dalam UMNO boleh dikatakan 99.97% adalah orang Melayu.Inilah kalau orang bila belajar terlalu tinggi dan suka mencari publisiti tapi apa yang dicakap pun diorang sendiri yang tak paham.Bayangkan kalau tiada UMNO,apa yang akan jadi pada orang-orang Melayu kat Malaysia ni?
Kebanyakan ahli-ahli dalam PAS dan PKR pun satu masa dulu adalah ahli UMNO,betul tak?PAS dulu pun pernah duduk dalam perikatan.Jangan lah nak bodoh-bodohkan orang dengan kenyataan tersebut.
Seperti isu keris Pemuda UMNO,keris adalah warisan Melayu,manakala UMNO adalah pusaka yang ditinggalkan oleh pejuang-pejuang orang Melayu dahulu yang ditubuhkan oleh Allahyarham Dato' Onn.Salahkan cucu kepada pemimpin yang mengasaskan UMNO memegang keris sebagai tanda UMNO adalah wadah untuk perjuangan orang-orang Melayu.
Kalau itu menjadi kesalahan kenapa pihak pembangkang tidak menjadikan keris dalam bendera dan logo UMNO sebagai isu?Jadi kita kalau nak bercakap tu refreshkan dulu akal tu.Jangan nak ambik hembus jek.Nanti bila dah kena,cakap orang lain pulak yang memutarbelitkan kenyataan.
Rabu, 25 Ogos 2010
Apa Itu Malam Lalaitul Qadr?
Assalamualaikum kepada semua pembaca Ragam 1Malaysia.Sudah 16 hari kita puasa,lagi 4 hari masuklah waktu kemuncak Ramadhan bagi mereka yang sentiasa ingin mendekatkan kepada Allah.Apa ertinya malam Lalaitul Qadr?
“Artinya : Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala usrusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar” [Al-Qadar : 1-5]
Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.
“Artinya : Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui” [Ad-Dukhan : 3-6]
Ada juga yang memanggil malam Lalaitul Qadr sebagai malam yang sesak dan sempit.Mereka memanggil dengan panggilan tersebut kerana dengan firman Allah yang diatas ada menyebutkan"pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah ".
Berlakunya malam Lalaitul Qadar ini adalah pada sepuluh malam terakhir mengikut petunjuk dari sebuah Hadis;
Jika seseorang tidak mampu,maka janganlah sampai tertinggal 7 malam terakhir;
Rasulullah Bersabda,
“Artinya : Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya” [Hadits Riwayat Bukhari].
Antara tanda-tanda Malam LalaitulQadr adalah seperti Hadis dibawah;
“Artinya : (Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan” [Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231, Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]
Dari itu aku menyeru kepada diriku dan rakan-rakan yang lain,marilah kita bersama-sama memburu malam yang penuh keberkatan dengan keimanan yang jitu semoga amalan kita mendapat tempat disis Allah SWT.Amin...
200 Wanita Dirogol Beramai-Ramai.
GOMA - Hampir 200 wanita dirogol secara bergilir-gilir oleh sekumpulan pemberontak Rwanda dan Congo yang menawan beberapa kampung di bahagian timur Congo selama empat hari sejak 1 Ogos lalu.
Kawasan penempatan Luvungi dan beberapa kampung berhampiran daerah perlombongan itu diserang pemberontak pada 30 Julai lalu sebelum ditawan dua hari kemudian.
Will F Cragin dari Organisasi Perubatan Antarabangsa melahirkan rasa kecewa kerana tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lambat bertindak walaupun kem tentera hanya terletak 16 kilometer dari lokasi kejadian.
"Tentera pengaman PBB hanya pergi ke kawasan itu pada 4 Ogos lalu, iaitu selepas pemberontak meninggalkan kawasan itu.
"Sehingga sekarang, tentera pengaman di Congo belum mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya di Goma, kelmarin.
Jurucakap PBB di New York, Martin Nesirky mengesahkan sekurang-kurangnya 154 wanita membuat laporan dirogol bergilir-gilir oleh pemberontak Pasukan Demokratik Pembebasan Rwanda (FDLR) dan pemberontak Mai-Mai dari Congo.
Empat bayi lelaki yang baru berumur sebulan, enam bulan, 12 bulan dan 18 bulan turut diliwat.
Inilah akibatnya kalau sesebuah negara bergolak.Semua orang nak berkuasa dan menghalalkan apa jua tindakan yang mereka lakukan.Jadi sempena menyambut hari kemerdekaan ke 53 sama-samalah kita menjaga keamanan yang kita nikmati sekarang ini.Jangan kerana politik sempit,Malaysia menjadi huru-hara.1 Malaysia Menjana Transformasi.
OKU Rogol Remaja.
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua.Tadi aku ada membaca Sinar Harian dan aku terbaca kisah seorang OKU yang mempunyai masalah pendengaran telah ditahan kerana disyaki merogol seorang Remaja berumur 15 tahun.
Dalam kes ini menguatkan apa yang aku katakan selama ini kepada kawan-kawan aku bahawa Nafsu tu lebih kuat daripada godaan Iblis dan Syaitan.Apa taknya dalam bulan Ramadhan ni semua Iblis dan Syaitan ni telah dibelenggu supaya senang untuk Umat Islam mngerjakan amal ibadah tetapi manusia memang makhluk yang lemah kan?Iblis dengan Syaitan xder mereka tetap tunduk pada nafsu.Tapi Syaitan yang bertopengkan manusia tetap ada.
Sekarang ini lelaki tersebut yang telah ditahan Polis akan disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.Manusia-manusia....
Dalam kes ini menguatkan apa yang aku katakan selama ini kepada kawan-kawan aku bahawa Nafsu tu lebih kuat daripada godaan Iblis dan Syaitan.Apa taknya dalam bulan Ramadhan ni semua Iblis dan Syaitan ni telah dibelenggu supaya senang untuk Umat Islam mngerjakan amal ibadah tetapi manusia memang makhluk yang lemah kan?Iblis dengan Syaitan xder mereka tetap tunduk pada nafsu.Tapi Syaitan yang bertopengkan manusia tetap ada.
Sekarang ini lelaki tersebut yang telah ditahan Polis akan disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.Manusia-manusia....
Khatib Akhirnya Mengaku Silap Doa Guan Eng.
Khatib akui silap cara, tempat berdoa
PULAU PINANG 24 Ogos – Khatib Zakaria Ahmad yang dikaitkan dengan isu penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini mengakui cara dan tempat beliau berdoa itu silap.
Namun, beliau tetap mempertahankan tindakannya untuk berdoa bagi orang bukan Islam supaya diberi hidayah untuk memeluk Islam sebagai tidak salah dari segi agama, cuma pendekatannya sahaja yang tidak betul.
“Insya-Allah, saya mungkin tidak berdoa seperti ini lagi dalam khutbah Jumaat, saya akan berdoa di tempat lain dan perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas memberikan penjelasan berhubung isu tersebut kepada barisan panel pihak berkuasa agama negeri selama kira-kira sejam setengah bermula pukul 3.20 petang di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Lebuh Pantai di sini.
Zakaria turut berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kerana telah memberikan panduan berhubung perkara itu kepadanya dan akan memastikan ia tidak berulang.
Beliau berpendapat, isu tersebut adalah kecil tetapi disebabkan perkara itu telah dipolitikkan oleh pihak tertentu, maka ia menjadi isu yang besar.
“Jadi saya akan saman mana-mana pihak termasuk media yang telah menjatuhkan maruah saya, seolah-olah saya ini jahil dalam Islam dan sebagainya.
“Perkara ini telah pun dirunding dengan peguam saya,” ujarnya.
Ditanya adakah beliau akan meminta maaf ke atas apa yang telah berlaku, beliau berkata, ia tidak seharusnya dipersoalkan.
“Tidak timbul soal meminta maaf sebab saya tidak bersalah kepada MAIPP kerana saya mempunyai tauliah,” ujarnya.
Pada masa sama, Zakaria memberitahu, pihak polis telah mengambil kenyataannya berhubung isu itu di rumahnya di Taiping, Perak sebelum sesi penjelasan di JHEAIPP hari ini.
Terdahulu, Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria ketika ditemui berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Zakaria dan perkara tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat MAIPP tidak lama lagi.
Tambahnya, pihaknya juga tidak terfikir tentang tindakan yang akan diambil dan buat masa ini MAIPP sedang mencari jalan bagaimana hendak menjernihkan perkara tersebut.
Ditanya adakah Zakaria meminta maaf pada sesi itu, beliau tidak menafikan.
“Saya boleh katakan sedemikian, suasana tadi adalah bermaaf-maafan dan berjalan dengan lancar dan baik,” katanya.
Beginilah sepatutnya dilakukan oleh seorang Islam,mengaku kesilapan sendiri.Kan senang,selesai masalah.Kepada ahli PAS yang sebelum ini menafikan doa kepada Guan Eng dalam khutbah Jumaat.Buka mata besar-besar dan baca pengakuan tersebut.Yang sebelum ini menyatakan UMNO sengaja buat cerita tentang doa Guan Eng apa komen anda?
Selasa, 24 Ogos 2010
Yahudi.
Rejim Yahudi dakwa kubur Palestin palsu
BAITULMAQDIS 23 Ogos - Ketegangan politik mengenai tanah perkuburan Islam di Baitulmaqdis yang bermula dengan dakwaan tidak sensitif ke atas rancangan menubuhkan muzium toleransi agama di tapak itu, bertambah buruk apabila timbul pertikaian lebih hangat sama ada beratus-ratus batu nisan di situ benar atau palsu.Kedamaian tanah perkuburan Mamilla terganggu bulan ini dengan jentolak Israel memusnahkan batu nisan di tengah malam dan protes orang Islam. Kawasan batu nisan sunyi di barat Baitulmaqdis ini kini menjadi titik genting dalam tuntutan ke atas kota suci ini antara Israel-Palestin.
Sejak awal tahun ini, aktivis dari Pergerakan Islam di Israel membersihkan dan memulihkan makam di tanah perkuburan itu yang dikatakan menempatkan makam sarjana Islam yang dikebumikan bersama pahlawan yang menentang tentera Salib iaitu Salahudin al-Ayyubi.
Namun pihak berkuasa Yahudi menuduh aktivis terbabit tidak memulihkan tetapi menghasilkan beratus-ratus kubur dalam cubaan politik untuk mengukuhkan pemilikan terhadap tapak itu.
Bulan ini, majlis perbandaran tiba pada waktu malam dan menggunakan jentolak untuk meratakan 300 penanda makam yang didakwa pegawai dan ahli arkeologi Israel sebagai palsu dan tidak mengandungi mayat. - AP
Orang Indonesia Tak Sedar Diri.
Asslamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua rakyat 1MalaysiaApa perasaan kita bila melihat perbuatan diatas yang dilakukan oleh segelintir rakyat INDONE SI ALAN ni?Suka?Marah?Sedih?Diorang orang Indonesia ni memang tak sedar diri,diorang ingat dioarang tu sape nak pijak-pijak bendera negara lain?Besar sangat ke diorang tu?
Siap lempar najis lagi tu.Memang tak pakai akal diorang ni.Cuba kalau mereka pikir yang Malaysia ni dianggap lombong emas oleh penduduk Indonesia.Berapa ramai rakyat Indonesia yang menumpahkan rasa kesyukuran mereka bila mereka dapat bekerja di Malaysia.Terfikirkah mereka sekiranya rakyat Malaysia bertindak secara ekstrem dengan melakukan tindakan menghalau ratyat Indonesia yang bekerja dinegara ini pulang ke negara mereka?
Aku rasa orang Malaysia ni penyaba.Kalau orang Malaysia ni kurang akal seperti segelintir rakyat Indonesia dah lama berlaku penghalauan secara besar-besaran keatas rakyat Indonesia yang bekerja di negara ini.Mana yang xmo balik kita hanyutkan aje mereka kedalam laut bior mampus diorang kat situ.Diorang bukan tak tahu,sekiranya orang-orang Indonesia yang bekerja disini dihalau,maka hidup bergelandangan lah diorang kat negara asal mereka.
Pepatah orang tua ada menyebutkan "Dibagi susu dibalas tuba pula".Indonesia memang tak sedar diri!!!!
Newsweek Iktiraf Malaysia.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,baru-baru ini majalah Newsweek telah meletakkan Malaysia di tangga 37 dalam senarai "The World's Best Country".Pengiktirafan tersebut dibuat atas dasar Ekonomi,Politik,Pelajaran,Kesihatan dan Kualiti Hidup.Singapura berada di tangga 20,Thailand 58,Filipina 63 dan Indonesia ditangga 73.
Malaysia juga tersenarai sebagai negara ke lapan terbaik dalam kategori pendidikan negara berpendapatan sederhana.Penilaian dibuat membabitkan 100 buah negara yang mana Finland merajai kedudukan teratas diikuti Swirzeland dan Sweden yang tempat kedua dan ketiga.
Dalam bulan kemerdekaan ni,kita patut rasa bangga kerana negara kita telah diiktiraf walaupun dikedudukan 37,jadikan ini landasan untuk Malaysia terus memacu menuju wawasan 2020.Syabas Malaysia!!
Isnin, 23 Ogos 2010
Pakatan Rakyat Sudah Menang PRU -13?
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua pembaca dan rakyat Malaysia.Gelak juga aku apabila PR menyatakan bahawa telah mendahului BN 47.02 % dalam e.undian PRU-13 yang mereka buat menggunakan Facebook.Mereka berkata 11 217 orang yang telah mendaftar didalam akaun tersebut.
Aku nak tanya sikit ni,adakah 11 217 orang yang melakukan undian dalam dalam e-undian tu melepasi tahap umur mengundi?Adakah mereka akan mengundi?Cuma 11 ribu orang je ke?Tapi dalam Malaysia ni berapa juta rakyat Malaysia sebagai pengundi yang berdaftar dengan SPR?Berapa peratusan pulak yang mengundi dalam e-undi yang dibuat,sudah mendaftar dengan SPR?
Aku rujuk kepada SPR yang pengundi berdaftar sehingga sehingga Mei 2010 ialah 11.247,525 pemilih. Nah..cuba kita lihat hanya berapa peratus sahaja jika dibandingkan dalam undian yang dilakukan oleh PR melalui e-undi mereka.Lagi 1 PR mesti kena ingat dalam alam maya ni macam-macam boleh orang lakukan.Takkan lah pemimpin PR yang begitu berpelajaran boleh percaya dengan e-undian ni.
Ni buat aku teringat dengan kata-kata orang tua dulu-dulu,"Ko ni macam ayam lah,bertelor sebiji riuh sekampung"Hahaha....Tapi tu kata orang tua dulu-dulu.Orang tua sekarang ni mungkin tak tahu kata-kata tu.Melayu moden la katakan.Sampai rumah kata pergi,Kubur kata mari pon mereka x perasan.
Aku nak tanya sikit ni,adakah 11 217 orang yang melakukan undian dalam dalam e-undian tu melepasi tahap umur mengundi?Adakah mereka akan mengundi?Cuma 11 ribu orang je ke?Tapi dalam Malaysia ni berapa juta rakyat Malaysia sebagai pengundi yang berdaftar dengan SPR?Berapa peratusan pulak yang mengundi dalam e-undi yang dibuat,sudah mendaftar dengan SPR?
Aku rujuk kepada SPR yang pengundi berdaftar sehingga sehingga Mei 2010 ialah 11.247,525 pemilih. Nah..cuba kita lihat hanya berapa peratus sahaja jika dibandingkan dalam undian yang dilakukan oleh PR melalui e-undi mereka.Lagi 1 PR mesti kena ingat dalam alam maya ni macam-macam boleh orang lakukan.Takkan lah pemimpin PR yang begitu berpelajaran boleh percaya dengan e-undian ni.
Ni buat aku teringat dengan kata-kata orang tua dulu-dulu,"Ko ni macam ayam lah,bertelor sebiji riuh sekampung"Hahaha....Tapi tu kata orang tua dulu-dulu.Orang tua sekarang ni mungkin tak tahu kata-kata tu.Melayu moden la katakan.Sampai rumah kata pergi,Kubur kata mari pon mereka x perasan.
Ahad, 22 Ogos 2010
Latah Dr.Mujahid Yusof Rawa
Asslamualaikum dan salam 1Malaysaia kepada pembaca blog Ragam 1Malaysia.Aku kadang-kadang boleh sakit hati bila mendengar statement berhubung isu doa Guan Eng dalam khutbah kedua Jumaat.Dekat sini aku pelik dengan seorang Ahli Jawankuasa Pas Pusat,Dr.Mujahid Yusof Rawa,yang mengatakan UMNO telah menggunakan isu agama dengan memainkan isu Guan Eng dalam doa kedua khutbah Jumaat bagi mendapatkan sokongan masyarakat Melayu di Pulau Pinang.
Ni aku nak tanya sikit ni,bukankah PAS yang selalu bermain dengan Agama dan Hukum untuk mendapat sokongan Melayu?Macam-macam fatwa yang PAS keluarkan untuk agenda politik mereka,maklumlah,orang Melayu ni bila kita baca tiga empat ayat mereka jadi percaya.Kafir sana kafirkan sini.Apa hukum mengkafirkan orang Islam ni?Apa sebab kita mengkafirkan orang yang bukan kafir?Siapa kita hingga kita boleh mengkafirkan seseorang Islam?Islamkah kita bila kita mengkafirkan Islam?Ha...mana-mana orang PAS yang baca blog aku ni,jawablah soalan yang aku kemukakan tu,kalau korang rasa korang bijak sangat dan bagus sangat.
Salahkah UMNO membongkarkan isu tersebut untuk membela Islam?Biar rakyat tau apa yang PAS buat bila duduk dalam PR.PAS tak boleh nak buat apa-apa kan?Takut dengan DAP ke?Lawaklah korang ni.Sebab aku nak sangat dengar apa kenyataan Tuan Guru Nik Aziz dalam perkara ni.Yela...dia tu tuan Guru,aku ni sape la,sepatah kata orang-orang tua huruf Aliff bengkok pon tak berapa kenal.Mestilah kena tunggu kenyataan alim ulamak,betol tak?
“Sebagai umat Islam kita boleh berdoa kepada sesiapa sahaja, namun begitu perkataan 'ganti' yang digunakan itu membahayakan kerana ia sudah disalah tafsir oleh sesetengah pihak selain ia melibatkan nama besar Yang di-Pertuan Agong dan Islam,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
Ha ini kenyataan yang aku tak boleh nak tengok jek.Memang sebagai umat Islam kita boleh mendoakan sesiapa saja,tapi mendoakan untuk kesejahteraan orang kafir dalam doa kedua dalam khutbah apa hukumnya?2 khutbah tu kan sebagai mengantikan 2 rakaat sembahyang,boleh kita mendoakan orang kafir dalam sembahyang kita?Kita boleh mendoakan orang kafir,bagi meminta supaya ALLAH memberikan hidayah untuk dia menerima Islam,bukannya mendoakan untuk kesejahteraan hidup mereka.Apa yang Guan Eng dah berikan pada PAS Pulau Pinang untuk pembangunan Islam dan orang Melayu sehingga PAS bersikap begini?Korang ni buat aku serabut la dengan hukum-hukum korang.Islam bukannya untuk PAS jek,Islam untuk semua.Alahai..tu pun susah ke.
Ni aku nak tanya sikit ni,bukankah PAS yang selalu bermain dengan Agama dan Hukum untuk mendapat sokongan Melayu?Macam-macam fatwa yang PAS keluarkan untuk agenda politik mereka,maklumlah,orang Melayu ni bila kita baca tiga empat ayat mereka jadi percaya.Kafir sana kafirkan sini.Apa hukum mengkafirkan orang Islam ni?Apa sebab kita mengkafirkan orang yang bukan kafir?Siapa kita hingga kita boleh mengkafirkan seseorang Islam?Islamkah kita bila kita mengkafirkan Islam?Ha...mana-mana orang PAS yang baca blog aku ni,jawablah soalan yang aku kemukakan tu,kalau korang rasa korang bijak sangat dan bagus sangat.
Salahkah UMNO membongkarkan isu tersebut untuk membela Islam?Biar rakyat tau apa yang PAS buat bila duduk dalam PR.PAS tak boleh nak buat apa-apa kan?Takut dengan DAP ke?Lawaklah korang ni.Sebab aku nak sangat dengar apa kenyataan Tuan Guru Nik Aziz dalam perkara ni.Yela...dia tu tuan Guru,aku ni sape la,sepatah kata orang-orang tua huruf Aliff bengkok pon tak berapa kenal.Mestilah kena tunggu kenyataan alim ulamak,betol tak?
“Sebagai umat Islam kita boleh berdoa kepada sesiapa sahaja, namun begitu perkataan 'ganti' yang digunakan itu membahayakan kerana ia sudah disalah tafsir oleh sesetengah pihak selain ia melibatkan nama besar Yang di-Pertuan Agong dan Islam,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
Ha ini kenyataan yang aku tak boleh nak tengok jek.Memang sebagai umat Islam kita boleh mendoakan sesiapa saja,tapi mendoakan untuk kesejahteraan orang kafir dalam doa kedua dalam khutbah apa hukumnya?2 khutbah tu kan sebagai mengantikan 2 rakaat sembahyang,boleh kita mendoakan orang kafir dalam sembahyang kita?Kita boleh mendoakan orang kafir,bagi meminta supaya ALLAH memberikan hidayah untuk dia menerima Islam,bukannya mendoakan untuk kesejahteraan hidup mereka.Apa yang Guan Eng dah berikan pada PAS Pulau Pinang untuk pembangunan Islam dan orang Melayu sehingga PAS bersikap begini?Korang ni buat aku serabut la dengan hukum-hukum korang.Islam bukannya untuk PAS jek,Islam untuk semua.Alahai..tu pun susah ke.
PDRM Ada Bukti Isu Doakan Guan Eng?
Polis Pulau Pinang tubuh pasukan khas siasat isu khutbah
22/08/2010 1:55pm
GEORGE TOWN, 22 Ogos. — Polis Pulau Pinang telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat isu kejadian khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri Lim Guan Eng, dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.
Ketua Polis negeri Datuk Ayub Yaakob berkata polis negeri telah menerima dua laporan mengenai isu itu iaitu yang pertama dibuat di Balai Polis Butterworth dan satu lagi di Balai Polis Tasek Gelugor dalam daerah Seberang Perai Utara.
"Satu pasukan khas polis telah ditubuhkan bagi menyiasat kejadian tersebut dan sehingga kini 15 orang saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. — Bernama
Aku berharap sangat kes ni dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin sebab kes ni da macam nak hina Islam jek.Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ni.Kepada siapa-siapa yang menafikan doa untuk Guan Eng dibacakan dalam khutbah Jumaat,PDRM dah ada rakaman dari khutbah Jumaat.Kepada orang politik yang beragama Islam,lebih-lebih lagi dari PR tolong jangan nak butakan mata dan pekakkan telinga.Jangan nak menafikan lagi dan jangan nak bersetongkol dalam isu ini.Jangan jadi tongong semata-mata untuk kepentingan politik korang.
Mangsa Mercun Maut.
Kanak-kanak maut, dua cedera parah rumah stor mercun meletup
22/08/2010 4:00pm
KUALA TERENGGANU, 22 Ogos — Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup dalam satu kejadian di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini tengahari tadi.
Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin di sini, dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengahari.
Seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan telah diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital.
"Kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Bagaimanapun idendititi kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur 22 dan 23 tahun masih belum dikenalpasti. — Bernama
Sabtu, 21 Ogos 2010
1 Malaysia Menjana Transformasi.
Asslamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog Ragam 1 Malaysia.31 Ogos 2010 genaplah 53 tahun Malaysia merdeka.Dengan tema 1Malaysia Menjana Transformasi aku berharap sangat agar Malaysia akan terus maju dan berdaya saing.Dan semua kaum yang ditunjangi oleh Melayu dapat hidup dengan aman damai disamping kaum-kaum yang lain dinegara ini.Ha..kat sini aku nak ingatkan pada yang dah lupa tarikh kemerdekaan negara kita yang amat kita cintai ini.31 Ogos 1957 adalah tarikh keramat yang membawa Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia keluar dari cengkaman penjajah.
Ni pulak lagu yang sentiasa yang akan kita dengar sewaktu menyambut ulangtahun kemerdekaan.Kira killer song semasa menyambut ulangtahun kemerdekaan lah ni.Memang bestkan lagu ni?Boleh jadi bersemangat kita bila dengar lagu ni.
Kadang-kadang aku terpikir juga,apakah erti kemerdekaan?Bagi aku kemerdekaan sesebuah negara,membawa erti bahawa negara itu telah bebas daripada cengkaman negara luar dan dan boleh membuat keputusan sendiri untuk melakukan sesuatu kemajuan atau keputusan untuk sesebuah negara.
Ada pula orang yang bertanya pada kita,apakah kita ini merdeka?bagi aku selagi kita ni dipanggil manusia kita tidak akan merdeka,betol tak?Kita tak payah nak cakaplah bahawa minda atau tabiat kita ni masih dijajah oleh bangsa lain.Tidakkah kita ni terpikir yang kita sentiasa dijajah dalam kehidupan?
Mungkin korang tengah pikirkan,apalah yang mamat ni merepek?Lalok ke mamat ni?Hahaha...Okey lah aku bagi korang contoh:-Kalau korang ni sebagai politikus,korang dengar cakap siapa,tentu korang dengar cakap pemimpin korangkan?Takkan lah pulak korang nak dengar cakap parti pembangkang pulak.Tak ker itu satu daripada penjajahan?
Yang pemimpin pulak minda mereka terjajah oleh pengikut,kalau pengikut mereka cakap itu dan ini tolak,darab,campur dan kalikan pon tunggang langgang jugak.Kalau kita nak bercakap soal dijajah dan menjajah ni,kita perlu betul-betul paham maksudnya.Jangan nak ikut cakap orang jek.Tu pun satu lagi contoh yang pemikiran kita dijajah tuh.
Walauapapun sekarang ni Malaysia sudah 53 tahun merdeka,dan apa yang kita perlu buat sekarang ini adalah jaga kemerdekaan yang telah diusahakan pemimpin kita yang terdahulu.Jangan kerana dek ketamakan kita dalam politik Malaysia kembali huru hara sudahlah.Bukannya Melayu sahaja yang kena jaga kemerdekaan Malaysia ini,semua kaum sperti Cina,India dan kaum-kaum yang lain pun kena bersama-sama berganding bahu bagi mempertahankan Malaysia yang kita cintai ini.Janganlah pulak tang kemerdekaan letak kat bahu Melayu,tapi tang buat untung dalam Malaysia bangsa lain yang ambil semua.
Semoga 1Malaysia Menjana Tranformasi menjadi tonggak kepada Malaysia untuk melangkah kehadapan dan menjadi Negara Islam yang maju dan aman damai.Tapi kita jangan lupa kepada pejuang-pejuang yang telah terkorban semasa pertempuran bagi mempertahankan tanah air dan kepada pemimpin-pemimpin yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.Kerana jasa merekalah kita dapat mencapai tahap Malaysia yang ada sekarang ini.Al-Fatihah...Semoga roh mereka di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Amin...
Jumaat, 20 Ogos 2010
Donation For Jewish Tree Plantation.
Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
“Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum
Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu
berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan
bunuhlah ia!”, kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana
sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)”.
- (Riwayat Bukhari & Muslim)
Asslamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog Ragam 1Malaysia.Kali ni aku tertarik nak menulis tentang pokok untuk menjadi pelindung kepada kaum Yahudi apabila diserang oleh tentera Islam bila sampai saat dan tikanya nanti menurut hadis Nabi yang diatas tadi.Tapi aku bukannya nak kutip sumbangan untuk si Israel Laknatullah tu,Na'u zubillahMinzalik aku nak buat kerja macam tu.Hanya sekadar tajuk yang mungkin boleh membuka mata korang untuk melihat ketakutan bangsa Yahudi terhadap hukum Allah yang mereka perlekehkan selama ini.Hari ini kita bertanya kenapa rakyat negara Palestin tidak dapat hidup dengan aman?Kenapa Israel begitu berkuasa sehingga menyebabkan kesengsaraan kepada penduduk Palestin?Nah..inilah salah satu jawapannya,waktu dan saat untuk kegemilngan orang-orang Islam belum tiba lagi.Bukanlah aku nak kata kita tak payah nak buat apa-apa untuk membantu penduduk Palestin.Tapi kita kena tahu yang apa Allah janjikan itu benar belaka.
Pokok ini dikenali sebagai pokok Gharqad atau dikenali juga sebagai Boxthorn dan dengan nama saintifiknya Nitrarian.
Aku menulis tentang kewujudan pokok Gharqad ni pun sekadar untuk berkongsi info dengan semua,iye lah kadang-kadang kita ni terlalu khayal dengan perkara yang karut marut dan kita kena pastikan bahawa pokok ini tiada dikawasan tempat kita tinggal.Adakah mustahil pokok ini berada disekeliling kita?Bagi aku orang dan agen Yahudi ni berada dimana-mana diseluruh pelusuk bumi.Mereka ini sentiasa cuba untuk menyelinap untuk mendapatkan sesuatu apa yang mereka inginkan.Tak mustahil pokok ini ditanam sebagai pokok perhiasan di kawasan rumah kita,baik korang pegi check pokok bunga yang mak korang tanam.Hahah...
Sebenarnya Yahudi ni jenis yang sombong,mereka tahu tentang balasan yang mereka akan dapat daripada Allah SWT satu hari nanti.Sekarang ini pun Israel melalui Jewish National Fund atau lebih dikenali sebagai JNF tengah berusaha keras mengutip sumbangan daripada orang-orang ramai khususnya daripada bintang-bintang Hollywood pro Yahudi dan daripada mereka ahli-ahli koporat yang berdarah Yahudi.Ala..orang yang tak ada kena-mengena pertalian darah dengan orang Yahudi pun ada buat sumbangan jugak,mana la kita tahu kan?
Menurut Jewish National Fund yang menguruskan dana dari sumbangan tersebut,mereka merancang untuk menanam 240 juta pokok Gharqad tersebut ditanah milik Israel.Tak malu sungguh Israel ni,diorang mana ada tanah sendiri,nak ngaku-ngaku pulak tanah Palestin tu milik diorang.Asas projek ini kononnya untuk membantu menghijaukan kawasan Israel tersebut.Perasaan sungguh Israel ni,setahu aku diorang ni perosak yang paling besar dalam alam bumi ni.Si kaum Laknat ni kalau buat sesuatu yang tak menguntungkan mereka,sampai kemampos pun mereka tak nak ambik tahu.Inikan pula nak buat kerja-kerja menghijaukan bumi?Memang golongan Laknat ni licik dalam menyusun strategi untuk membawa kita bersama-sama mereka ke neraka Jahanam.Kat sini janganlah sampai kita terpedaya dengan dakyah-dakyah dari bangsa yang dilaknat Allah ni.Kalau korang nak tahu tentang kebenaran cerita yang aku tulis dan tengok dua orang artis Hollywood serta 2 ekor anak mereka menyertai kempen penanaman pokok Gharqad ni korang leh klik je kat sini ni ok ---->; Donation For Jewish Tree Plantation
Lim Guan Eng Dalam Doa Khutbah Jumaat.
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,wa..panas gile aku bila aku dapat tahu yang beberapa Masjid di Pulau Pinang memasukkan nama Lim Guan Eng dalam doa khutbat Jumaat dan mengugurkan nama Yang Di-Pertuan Agong dalam doa tersebut.Apa hukum seorang kafir dimasukkan dalam doa khutbah Jumaat?Ish..gila betul bila orang taksub dengan politik ni.Aku nak sengat apa yang Tuan Guru katakan dalam isu ini.Adakah Nik Aziz akan menghalalkan perbuatan ini?Jangan pulak kerana politik Tuan Guru sanggup mengeluarkan fatwa yang bukan-bukan tentang isu ni.
Dimana letaknya maruah Islam Negeri Pulau Pinang yang meletakkan nama Guan Eng dalam doa khutbah mengantikan nama Yang Di Pertuan Agong?Siapakah Lim Guan Eng untuk didoakan?Tak tahulah aku kalau Guan Eng tu da tuka nama pada Ahmad Ah Leng.Kenapa nama Yang Di Pertuan Agong disingkirkan?Bukankah Yang Di Pertuan Agong tu payung kepada Agama Islam.Dalam kes ni aku betul-betul rasa marah apabila pemimpin tertinggi Agama Islam dalam Malaysia disingkir dan digantikan kepada seorang kafir.
Bagi aku ni perkara yang terbesar berlaku dalam Malaysia membabitkan pemimpin DAP dan Islam.Kalau kita ingat tidak berapa lama dahulu ada pemimpin DAP yang berceramah di hadapan orang Melayu Islam menggunakan ayat Al Quran.Bodoh sangat ke orang Islam kat Malaysia ni,sehingga orang kafir yang anunya kolop boleh mengajar dan membacakan kita ayat suci Al-Quran.
Tolonglah,aku mohon kepada semua pihak berkuasa seperti PDRM dan Jabatan-Jabatan Agama Islam agar bertindak tegas dan jangan lembik sangat menangani seperti ini.Bagi orang politik pulak,jangan lacurkan Islam demi kepentingan politik sempit untuk diri sendiri.Kepada Tuan Guru Nik Aziz ingatlah sebagai Ulamak kononnya,berpolitik lah untuk Islam dan bukannya Islam untuk politik.
Ragam Di Bazar Ramadhan.
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua umat Islam yang menjalankan ibadah puasa semoga puasa kita semua diterima oleh Allah SWT.Bila kita bercerita tentang bulan puasa ini,kita sering membayangkan juadah-juadah yang ada di jual dibazar-bazar Ramadhan ni.
Ahakz...bila waktu petang kalau kita pergi ke bazar Ramadhan macam-macam ragam manusia yang kita jumpa.Ada yang kelakar yang membuatkan kita boleh pecah perut bila melihatnya.Ada pula yang membuatkan kita berasa pelik sehingga boleh membuatkan otak tersimpul mati memikirkannya.
Apa taknya,kadang-kadang bila aku tengok orang-orang yang pergi kebazar Ramadhan ni bila dia beli makanan,mak oi..banyaknya,boleh habis ke diorang makan.Diorang ni makan ke melantak?Macam dah setahun tak makan pulak.
Yang pompuannya pulak skali beli lauk pauk dah macam nak buat kenduri doa selamat la pulak.Kan mane yang nak diet tu,bulan Ramadhan lah waktu yang sesuai untuk kita menurunkan berat badan.Ini tak,bila bulan Ramadhan berat badan makin bertambah pulak.Haha..
Ni kata orang tua-tua,kita ni hidup untuk makan dan bukannya makan untuk hidup.Apapun bazar di bulan Ramadhan ini ada kelebihannya,iyelah kuih muih yang takde serta susah nak cari dibulan-bulan yang lain bila di bazar Ramadhan semuanya ada.Kuih yang pelik-pelik pun ada,pendek kata macam-macam yang ada.Hahaha...
Tentang kuih 'pebret' aku lak ringkas jek.Kalau berbuka puasa aku suka makan epok-epok (karipap) dan murtabak tu je la yang aku makan selain buah Kurma sebagai pembuka puasa.Tapi xalah banyak sangat aku makan cukup dengan sekeping epok-epok dan setengah keping Murtabak sudah.Tu pun da macam tak larat nak bangun.Tapi banyak jugak jenis kuih yang aku suka,kebanyakannya kuih orang tua dolu-dolu la,mcm buah Melaka,kuih Jongkong,Kuih Koci dan banyak lagi la yang aku tak ingat dan tak tahu nama kuih-kuih tu,sebab aku ni tau makan jek.Hahaha...
Diakhir ni aku nak berpesan kepada diri aku dan rakan-rakan pembaca supaya kita jangan ikutkan nafsu sangat.Kita kena kembali kepada tujuan asal untuk kita berpuasa.Jangan kita berpuasa kerana berbuka dan jangan kita berpuasa untuk Raya kita ni berpuasa kerana Allah Ta'ala betul tak?Puasa ni mengajar kita melawan hawa nafsu bukannya tunduk kepada hawa nafsu.
Khamis, 19 Ogos 2010
MCA semakin berani ketepi ketetapan Perlembagaan – Rosnah
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Puteri UMNO hari ini menggesa orang Melayu yang selama ini enggan bersatu atas dasar apa sekali pun, membuka mata dan sedar dengan kenyataan Presiden MCA, Datuk Dr. Chua Soi Lek mengenai kesediaannya untuk berkongsi pandangan dengan DAP dalam hal yang memberi keuntungan kepada kaum Cina.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, ketegasan Soi Lek yang menyatakan pendiriannya itu selain mengemukakan pelbagai tuntutan untuk kepentingan kaum Cina jelas menunjukkan betapa parti itu tidak menghormati semangat perpaduan yang dimeterai di bawah parti induk Barisan Nasional (BN).
“MCA nampaknya semakin berani mengetepikan ketetapan Perlembagaan yang telah memperuntukkan hak bumiputera dan bukan bumiputera di negara ini dengan mengemukakan pelbagai tuntutan sehingga menimbulkan rasa serba salah di pihak kerajaan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, Puteri UMNO kesal kerana setiap kali orang Melayu memperkatakan tentang hak yang telah ditetapkan di sisi Perlembagaan, ia akan dikatakan perkauman atau rasis.
“Sedangkan kaum lain pula bebas melaung-laungkan tuntutan mereka atas alasan itu adalah hak yang mesti diperjuangkan dan tidak pula dikatakan rasis.
“Sehubungan itu, orang Melayu mesti membuka mata melihat seperti mana kaum-kaum lain sanggup bersatu hati memperjuangkan tuntutan mereka,” katanya.
Menurut beliau, perkara itu tidak berlaku di kalangan orang Melayu yang kelihatan tidak pernah kisah tentang perpaduan malah sanggup bekerjasama dengan kaum lain kononnya atas nama perjuangan politik.
Jelasnya, perkembangan baru ini jika tidak diteladani oleh orang Melayu maka kedudukan mereka akhirnya akan tersisih dari kaum lain sekalipun terjamin dari segi Perlembagaan.
“Ini kerana kaum lain begitu bersungguh-sungguh dan sanggup bersatu biar pun berbeza pandangan politik sehingga tidak mustahil akan membentuk kekuatan kaum mereka di negara,” katanya.
Assalamualaikum,hai Melayu takkan kita tak sedar lagi kot?UMNO dan PAS sibuk nak menyalahkan antara satu sama lain.Tengok MCA yang duduk di bawah payung Barisan Nasional sanggup berkongsi pendapat dengan DAP.Betul kata mantan PM Tun Dr.Mahathir Mohamad,"MELAYU MEMANG MUDAH LUPA"Pasni apa pulak langkah MCA?Tidak mustahil sesuatu diluar dugaan akan berlaku ka?LU pikirlah sendiri.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, ketegasan Soi Lek yang menyatakan pendiriannya itu selain mengemukakan pelbagai tuntutan untuk kepentingan kaum Cina jelas menunjukkan betapa parti itu tidak menghormati semangat perpaduan yang dimeterai di bawah parti induk Barisan Nasional (BN).
“MCA nampaknya semakin berani mengetepikan ketetapan Perlembagaan yang telah memperuntukkan hak bumiputera dan bukan bumiputera di negara ini dengan mengemukakan pelbagai tuntutan sehingga menimbulkan rasa serba salah di pihak kerajaan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, Puteri UMNO kesal kerana setiap kali orang Melayu memperkatakan tentang hak yang telah ditetapkan di sisi Perlembagaan, ia akan dikatakan perkauman atau rasis.
“Sedangkan kaum lain pula bebas melaung-laungkan tuntutan mereka atas alasan itu adalah hak yang mesti diperjuangkan dan tidak pula dikatakan rasis.
“Sehubungan itu, orang Melayu mesti membuka mata melihat seperti mana kaum-kaum lain sanggup bersatu hati memperjuangkan tuntutan mereka,” katanya.
Menurut beliau, perkara itu tidak berlaku di kalangan orang Melayu yang kelihatan tidak pernah kisah tentang perpaduan malah sanggup bekerjasama dengan kaum lain kononnya atas nama perjuangan politik.
Jelasnya, perkembangan baru ini jika tidak diteladani oleh orang Melayu maka kedudukan mereka akhirnya akan tersisih dari kaum lain sekalipun terjamin dari segi Perlembagaan.
“Ini kerana kaum lain begitu bersungguh-sungguh dan sanggup bersatu biar pun berbeza pandangan politik sehingga tidak mustahil akan membentuk kekuatan kaum mereka di negara,” katanya.
Assalamualaikum,hai Melayu takkan kita tak sedar lagi kot?UMNO dan PAS sibuk nak menyalahkan antara satu sama lain.Tengok MCA yang duduk di bawah payung Barisan Nasional sanggup berkongsi pendapat dengan DAP.Betul kata mantan PM Tun Dr.Mahathir Mohamad,"MELAYU MEMANG MUDAH LUPA"Pasni apa pulak langkah MCA?Tidak mustahil sesuatu diluar dugaan akan berlaku ka?LU pikirlah sendiri.
Apa La Nak Jadi?
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
Harian Metro
2010/08/19
2010/08/19
RETAK...mangsa menunjukkan kesan pukulan dengan kayu beluti di belakang badan menyebabkan tulangnya retak.
Difahamkan, sebelum kejadian si isteri menegur sikap suaminya yang membiarkan motosikal miliknya selepas rosak, selain mengungkit masalah kewangan keluarga dihadapi.
Nyata teguran berkenaan membangkitkan kemarahan suami sehingga lelaki berkenaan mengambil kayu penyendal tingkap di dapur, sebelum meluru dan terus melibas isterinya dengan kayu.
Menceritakan kejadian dialaminya, mangsa yang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, berkata dia bersyukur kerana libasan kayu berkenaan tidak mengenai kepalanya berikutan sempat bangun dari kerusi yang diduduki.
“Ini bukan kejadian pertama saya dibelasah suami tapi ia sudah menjadi habuan rutin setiap kali menjelang Aidilfitri. Namun, mengenangkan kehidupan dua anak yang masih kecil, saya tidak pernah membuat sebarang laporan polis,” katanya sebak.
Assalamualaikum,ni apa kes ni?Suami jenis apa la ni?Sikit-sikit nak pukul bini.Dalam bulan Ramadhan yang mulia ni kita sepatutnya kita perlu banyak bersabar.Tidakkah kita menghayati kemuliaan bulan Ramadhan?Manusia,manusia....Sedih aku.
Rabu, 18 Ogos 2010
Ketua Pemuda MIC Hulu Langat Ditembak
HULU LANGAT 18 Ogos - Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat terpaksa menahan kesakitan sambil berlari sejauh 200 meter ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang selepas ditembak dua das ketika minum di sebuah restoran di sini petang ini.
Dalam kejadian pukul 6.45 petang, A. Kalai Arasu, lingkungan 30-an, bertindak demikian bagi menyelamatkan dirinya selepas ditembak seorang lelaki.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang minum bersama rakannya di sebuah restoran yang terletak berhadapan IPD Kajang.
"Mangsa tiba-tiba dihampiri seorang lelaki memakai jaket hitam dan topi keledar yang bertindak melepaskan dua das tembakan ke arahnya.
"Selepas terkena tembakan di perut dan paha, mangsa yang dalam keadaan parah berlari melalui pintu belakang restoran untuk ke IPD bagi menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita di sini malam ini.
Beliau menambah, mangsa yang parah kemudian dihantar ke Hospital Kajang dan dia kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Shakaruddin memberitahu, suspek melarikan diri bersama rakannya yang sedang menunggu di hadapan restoran tersebut menaiki sebuah motosikal.
Katanya, polis kini giat mengesan suspek berdasarkan butiran awal yang sempat diberikan oleh mangsa.
Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.
Huiyoo...bahye wo,ganaz giler..Erm ape la nak jadi ni?
Dalam kejadian pukul 6.45 petang, A. Kalai Arasu, lingkungan 30-an, bertindak demikian bagi menyelamatkan dirinya selepas ditembak seorang lelaki.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang minum bersama rakannya di sebuah restoran yang terletak berhadapan IPD Kajang.
"Mangsa tiba-tiba dihampiri seorang lelaki memakai jaket hitam dan topi keledar yang bertindak melepaskan dua das tembakan ke arahnya.
"Selepas terkena tembakan di perut dan paha, mangsa yang dalam keadaan parah berlari melalui pintu belakang restoran untuk ke IPD bagi menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita di sini malam ini.
Beliau menambah, mangsa yang parah kemudian dihantar ke Hospital Kajang dan dia kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Shakaruddin memberitahu, suspek melarikan diri bersama rakannya yang sedang menunggu di hadapan restoran tersebut menaiki sebuah motosikal.
Katanya, polis kini giat mengesan suspek berdasarkan butiran awal yang sempat diberikan oleh mangsa.
Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.
Huiyoo...bahye wo,ganaz giler..Erm ape la nak jadi ni?
Wakaf al-Quran Bantu Penganut Islam Minoriti Fahami Isinya
KUALA LUMPUR 18 Ogos – Program Wakaf al-Quran Untuk Dunia merupakan satu usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan penganut Islam yang berstatus minoriti di sesetengah negara dapat membaca dan memahami terjemahannya dalam bahasa masing-masing.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesukaran yang dihadapi oleh umat Islam di sesetengah negara untuk mendapat naskhah al-Quran dan tafsirannya dalam bahasa mereka sendiri telah memberi idea kepada pihaknya untuk menjalankan program itu.
‘‘Dengan mendapat al-Quran dan terjemahan dalam bahasa penerima, mereka diharap dapat memahami isi kandungannya.
“Oleh itu, program wakaf Al-Quran tepat pada masanya di samping membuktikan bahawa Malaysia sentiasa peka dengan misi kemasyarakatan dan kemanusian,”katanya menerusi teks ucapannya yang dibacakan Ketua Setiausaha kementerian itu, Dr. Ismail Ahmad sempena Majlis Pelancaran Program Wakaf al-Quran Untuk Dunia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.
Orang ramai yang ingin menderma secara SMS boleh berbuat demikian dengan menaip WAKAF 1 hingga 10 , jarak dan menghantar ke nombor 32728.
Selain itu, sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam Berhad atas nama Yayasan Restu Wakaf melalui nombor akaun 14032010021425.
Sementara itu, Ismail berkata, tiga negara yang telah dikenal pasti untuk menerima naskhah al-Quran mengikut terjemahan bahasa mereka ialah Kemboja, wilayah selatan Filipina dan China.
“Saya berharap agar masyarakat menghulurkan sumbangan untuk menjayakan program itu dan setakat ini lebih 4,000 SMS bernilai RM15,000 telah diterima,” katanya.
Pada majlis itu juga, sebanyak RM95,000 diterima hasil daripada sumbangan syarikat korporat.
Kat Malaysia ni Al-Quran dan terjemahannya amat mudah didapati kan?Ramai yang pandai membaca Al-Quran,tapi orang-orang camni kadang-kadang harap pandai baca jek penghayatan langsung takde.Pakai serban bela janggut tapi mencarut dan maki hamun orang lain bersepah.Inilah manusia,bila menganggap diri bagus dari orang lain.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesukaran yang dihadapi oleh umat Islam di sesetengah negara untuk mendapat naskhah al-Quran dan tafsirannya dalam bahasa mereka sendiri telah memberi idea kepada pihaknya untuk menjalankan program itu.
‘‘Dengan mendapat al-Quran dan terjemahan dalam bahasa penerima, mereka diharap dapat memahami isi kandungannya.
“Oleh itu, program wakaf Al-Quran tepat pada masanya di samping membuktikan bahawa Malaysia sentiasa peka dengan misi kemasyarakatan dan kemanusian,”katanya menerusi teks ucapannya yang dibacakan Ketua Setiausaha kementerian itu, Dr. Ismail Ahmad sempena Majlis Pelancaran Program Wakaf al-Quran Untuk Dunia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.
Orang ramai yang ingin menderma secara SMS boleh berbuat demikian dengan menaip WAKAF 1 hingga 10 , jarak dan menghantar ke nombor 32728.
Selain itu, sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam Berhad atas nama Yayasan Restu Wakaf melalui nombor akaun 14032010021425.
Sementara itu, Ismail berkata, tiga negara yang telah dikenal pasti untuk menerima naskhah al-Quran mengikut terjemahan bahasa mereka ialah Kemboja, wilayah selatan Filipina dan China.
“Saya berharap agar masyarakat menghulurkan sumbangan untuk menjayakan program itu dan setakat ini lebih 4,000 SMS bernilai RM15,000 telah diterima,” katanya.
Pada majlis itu juga, sebanyak RM95,000 diterima hasil daripada sumbangan syarikat korporat.
Kat Malaysia ni Al-Quran dan terjemahannya amat mudah didapati kan?Ramai yang pandai membaca Al-Quran,tapi orang-orang camni kadang-kadang harap pandai baca jek penghayatan langsung takde.Pakai serban bela janggut tapi mencarut dan maki hamun orang lain bersepah.Inilah manusia,bila menganggap diri bagus dari orang lain.
Nurul Izzah....
Hentikan lempar pembohongan
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
|
|
KUALA LUMPUR 18 Ogos -- Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memberi amaran kepada semua ahli politik supaya berhenti melemparkan pelbagai pembohongan mengenai kapal selam negara.
Sambil menafikan dakwaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kononnya kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman masih tidak boleh menyelam, Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang berterusan mempolitikkan perkara itu.
"Kapal selam Scopene adalah aset strategik pertahanan negara dan ia bukan alat untuk meraih politik murahan. Kapal selam ini mempunyai keupayaan tinggi, diiktiraf sebagai antara yang tercanggih di dunia dan telah terbukti dalam operasi tembakan hakiki yang dijalankan oleh TLDM Julai lalu.
"Dalam operasi tersebut, KD Tunku Abdul Rahman telah berjaya menembak peluru berpandu bawah permukaan (bawah air) ke permukaan, Exocet SM39 Blok II pada kedalaman 55 meter di bawah paras air dan ia tepat mengenai sasaran yang berada sejauh 40 kilometer. Jadi di mana dakwaan kata ia tidak boleh menyelam?.
"Oleh itu, saya memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti menipu rakyat dengan melemparkan pelbagai pembohongan mengenai kapal selam negara. Kami lebih tahu mengenai keupayaan aset ini kerana kami yang mengoperasikannya dan bukannya ahli politik di luar sana," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuduhan Nurul Izzah sewaktu ditemu bual oleh akhbar Indonesia, Kompas, pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam negara masih tidak boleh menyelam selain mendakwa pembelian aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.
Mengenai tuduhan Nurul Izzah itu, Abdul Aziz berkata, Ketua Sel Pasukan Kapal Selam TLDM, Kapten Abdul Rahman Ayub telah membuat laporan polis berhubung pembohongan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut, di Balai Polis Hulu Kelang, semalam.
Menurut beliau, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai itu adalah contoh seorang ahli politik yang tidak bertanggungjawab kerana mendedahkan maklumat ketenteraan negara kepada negara luar.
"Betul atau tidak maklumat berkait dengan ketenteraan negara, ia tidak boleh sesekali didedahkan kepada negara asing. Ini soal keselamatan negara dan seharusnya ia dirahsiakan tetapi Nurul Izzah bukan sahaja berbohong malah dia juga memalukan TDLM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan negara di mata dunia.
"Sepatutnya kita tanpa mengira ideologi politik berbangga dengan pembelian aset strategik ini kerana kapal selam adalah persenjataan deterrence (pencegahan) yang tidak semua negara mampu memilikinya. Rakyat negara lain, mereka marah apabila kerajaan tidak membeli kapal selam tetapi di negara kita ia dijadikan sebagai modal politik," jelasnya.
Ini lagi sorang ni,ade ker isu kapal selam pun nak bawak kat luar.Jangan carik publisiti murahan.Ini masalah pertahanan negara kan ke itu rahsia sebuah negara.Yang pergi jaja cerita kat negara orang apahal.
Langgan:
Catatan (Atom)