Pages

Subscribe Twitter Facebook

Rabu, 8 September 2010

Warna-Warni Politik Dalam Ramadhan.


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.Dalam 2 atau 3 hari lagi mungkin kita akan menyambut Aidilfitri atau hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berperang dengan kehendak nafsu.Tapi aku sedih kerana dalam bulan Ramadhan ini,ramai ahli politik tidak mengambil kesempatan yang Allah bagi kepada kita untuk memperbetulkan diri dan menyatukan umat Islam dalam Malaysia sendiri.

Masing-masing dengan keegoan dan kedegilan sendiri.Cuba kita tengok kembali apa yang berlaku sepanjang dalam bulan Ramadhan tahun ini.Perkara sebegini bagi aku mencemarkan bulan Ramadhan tetapi ada ahli-ahli politik yang kononnya memperjuangkan Islam mempertahankan tindakan mereka.

1.Isu khatib mendoakan Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang.
2. Ahli Parlimen Serdang,Teo Ni Ching menyampaikan 'takzirah' di ruang solat surau 
    Al-Huda.

Hudhaifah Bin al-Yaman berkata;Rasulullah SAW bersabda (maksudnya);

"Fitnah itu akan diperlihatkan pada hati seperti tikar menimbulkan bekas kepada orang yang menidurinya.Hati manapun yang mendapatkannya akan tercoreng dengan titik noda hitam.Hati siapapun yang mengingkarinya akan tertulis padanya titik putih,sehingga hati itu kembali kepada salah dari dua macam hati,yakni;Pertama,hati hitam bercampur dengan sedikit putih bagaikan cawan yang senget yang tidak mengenal kebaikan dan tidak mengingkari keburukan,kecuali hanya menyerap hawa nafsunya.Kedua,hati putih yang tidak akan pernah terganggu oleh fitnah apapun selama masih tegak langit dan bumi".

Makna Hadis tersebut adalah,jika seseorang mengikuti hawa nafsu dan berani melakukan banyak dosa,maka hatinya akan dipenuhi kegelapan.Hati itu bagaikan cawan,jika terbalik,maka segala isinya akan tertumpah.Dan sekiranya cawan itu tidak ditegakkan kembali,kalau kita menuangkan air kedalamnya hanya sedikit sahaja yang akan masuk kedalam cawan itu ataupun air tersebut sedikit pun tidak akan masuk kedalamnya.

Jadi kalau kita pikirkan,ketika Iblis dan Syaitan dibelenggu dalam bulan Ramadhan manusia tidak dapat mengawal nafsu mereka.Kenapa kita tidak mengambil kesempatan ini untuk memperkuatkan Ummah?Aku tak nampak kemenangan umat Islam dalam bulan Ramadhan,yang jelas adalah kekalahan kita menahan nafsu yang sentiasa meronta-ronta.  

Ahad, 5 September 2010

Kenapa UMNO Tersungkur Pada PRU-12?


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.Pada pilihanraya ke 12 tahun 2008 ramai dikalangan pemimpin UMNO yang tidak sangka bahawa UMNO boleh tersungkur di beberapa negeri yang sebelum ini dukuasai oleh UMNO sebagai parti tunjang Barisan Nasional.Sebenarnya sebelum PRU-12,aku telah berbual dengan beberapa kawan-kawan aku,dan aku telah menyatakan bahawa pada tahun tersebut,beberapa kerusi yang selama ini dikuasai oleh BN akan bertukar tangan.Tapi aku tidak menyangka pula,bukan takat beberapa kerusi jek yang dirampas pembangkang,malah pembangkang turut merampas beberapa negeri yang sebelum ini diperintah oleh Barisan Nasional.


Sebenarnya kekalahan BN dibeberapa negeri adalah kerana beberapa faktor dan sebab,aku hanya akan tulis beberapa sebab;

1.Kebanyakan Pemimpin UMNO angkuh,sombong dan ego.Betul tak?Kalau korang nak tau   
   korang kena tengok apa yang korang lakukan untuk UMNO?Ini kata-kata Datuk Seri 
   Shahrizat semasa kempen BN di Lembah Pantai "Nurul Izzah adalah seperti anak saya,dan 
   sebelum ini saya pernah bertanding disini (Lembah Pantai) dengan tokoh-tokoh politik 
   pembangkang(beliau ada menyebutkan nama tokoh-tokoh tersebut) yang mempunyai 
   pengaruh dan akhirnya saya menang"Kita suka sangat bila bercakap seolah-olah kita ni 
   bagus sangat betol tak?Itulah bila kita ni takabur dan riak Allah akan tunjukkan 
   kekuasan-Nya. 

2.Pemuda UMNO berhidung tinggi.Ni lagi satu ni.Aku nak tanya dengan Pemuda 
   UMNO,adakah mereka pernah mendekati golongan-golongan pemuda dengan hati yang 
   terbuka?Masa nak mintak tolong sikit punya susah,bila pilihanraya baru terkedek-kedek 
   nak mintak undi.Aku tengok parti pembangkang terutama dari PKR banyak mengambil  
   berat dan berdamping dengan anak-anak muda dengan cara selamba dan mesra,tidak 
   seperti pemuda UMNO yang kadang-kadang nak jumpa pemimpin di peringkat bahagian 
   pun susah.Pihak pembangkang berlaku sedemikian kerana mereka tahu anak-anak muda 
   adalah aset yang penting bagi mereka pada masa depan.Tetapi Pemuda UMNO mungkin 
   berfikiran anak-anak muda ni menyusahkan mereka.

3.Ada kementerian yang diketuai oleh UMNO yang berfikiran dan membuat keputusan yang 
   menyukarkan kehidupan rakyat.Sebagai contoh semasa harga minyak dunia tidak stabil 
   pihak kementerian telah mengambil keputusan untuk mengkaji harga minyak 3 bulan 
  sekali.Beginikah seseorang Menteri berfikir dan membuat keputusan?Mereka pikir mereka 
  je yang bagus tanpa memikirkan kapayahan rakyat ketika itu.Aku pernah juga 
  terpikir,kenapa kadang-kadang Menteri ni berfikir seperti budak sekolah darjah 6?

Itulah antara pendapat aku mengapa UMNO tersungkur pada PRU-12.Tak pasal-pasal Johor yang sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat BN ditembusi oleh pembangkang.

Kekalahan BN pada PRU-12 menunjukkan bahawa rakyat menunjukkan kuasa mereka melalui undi walaupun bagi aku mereka bukan mengundi  pembangkang untuk pembangkang menerajui kepimpinan negara.Rakyat sekarang sudah bijak,mereka tidak hanya mendengar tetapi mereka tengok apa yang kerajaan lakukan untuk keharmonian dan pembangunan ekonomi untuk mereka.

Jadi kalau kita sama-sama sayangkan UMNO,baik dari peringkat MT,Negeri dan Bahagian berubahlah menjadi yang terbaik.Pihak akar umbi sentiasa memerhatikan anda semua.Kalau akar rosak maka rosaklah pokok tersebut. 

Rabu, 1 September 2010

CROCS Hina Islam?


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.Kadang-kadang aku pelik,orang-orang Malaysia ni sibuk sangat berpolitik sampai benda yang menghina Islam pun diorang tak perasan kan?Sibuk menyalahkan antara 1 sama lain.


Sebenarnya cerita yang menyatakan jenama CROCS ni menghina Islam aku dah lama dengar,tapi tak berkesempatan untuk menulis.Pada mulanya aku beranggapan yang cerita ini macam main-main jek,tapi bila aku tengok sendiri memang betul kalau kita tengok dalam lambong jenama CROCS ni kalo kita amati terbentuk perkataan ALLAH dalam huruf jawi.



Memang ada yang berkata kemungkinan lambang tersebut  menyamai kalimah ALLAH adalah secara kebetulan sahaja.Tapi bagi aku,golongan yang anti Islam ni diorang akan buat apa sahaja cara untuk menghina Islam termasuk dengan cara halus sebegini.Kita kadang-kadang bangga kononnya kita pakai kasut yang berjenama,dalam masa yang sama golongan yang anti Islam mentertawakan kita kerana kalimah Allah Yang Maha Esa berada dibawah dan menjadi alas kaki kita.


Pada sesiapa yang telah membeli kasut ini,aku nasihatkan bahawa korang patut buang lambang CROCS tu.Kalau nak buang kasut tu pun sayangkan,duit beratus dah abes,jadi buang jek logo dia tuh.


Dan aku amat berharap agar pihak berkuasa,agar menyiasat dengan lebih lanjut perkara ini.Jangan pandang rendah sebab kat Malaysia,aku tengok sekarang ni,Islam dah jadi permainan sesetengah pihak.