Ahad, 5 September 2010
Kenapa UMNO Tersungkur Pada PRU-12?
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.Pada pilihanraya ke 12 tahun 2008 ramai dikalangan pemimpin UMNO yang tidak sangka bahawa UMNO boleh tersungkur di beberapa negeri yang sebelum ini dukuasai oleh UMNO sebagai parti tunjang Barisan Nasional.Sebenarnya sebelum PRU-12,aku telah berbual dengan beberapa kawan-kawan aku,dan aku telah menyatakan bahawa pada tahun tersebut,beberapa kerusi yang selama ini dikuasai oleh BN akan bertukar tangan.Tapi aku tidak menyangka pula,bukan takat beberapa kerusi jek yang dirampas pembangkang,malah pembangkang turut merampas beberapa negeri yang sebelum ini diperintah oleh Barisan Nasional.
Sebenarnya kekalahan BN dibeberapa negeri adalah kerana beberapa faktor dan sebab,aku hanya akan tulis beberapa sebab;
1.Kebanyakan Pemimpin UMNO angkuh,sombong dan ego.Betul tak?Kalau korang nak tau
korang kena tengok apa yang korang lakukan untuk UMNO?Ini kata-kata Datuk Seri
Shahrizat semasa kempen BN di Lembah Pantai "Nurul Izzah adalah seperti anak saya,dan
sebelum ini saya pernah bertanding disini (Lembah Pantai) dengan tokoh-tokoh politik
pembangkang(beliau ada menyebutkan nama tokoh-tokoh tersebut) yang mempunyai
pengaruh dan akhirnya saya menang"Kita suka sangat bila bercakap seolah-olah kita ni
bagus sangat betol tak?Itulah bila kita ni takabur dan riak Allah akan tunjukkan
kekuasan-Nya.
2.Pemuda UMNO berhidung tinggi.Ni lagi satu ni.Aku nak tanya dengan Pemuda
UMNO,adakah mereka pernah mendekati golongan-golongan pemuda dengan hati yang
terbuka?Masa nak mintak tolong sikit punya susah,bila pilihanraya baru terkedek-kedek
nak mintak undi.Aku tengok parti pembangkang terutama dari PKR banyak mengambil
berat dan berdamping dengan anak-anak muda dengan cara selamba dan mesra,tidak
seperti pemuda UMNO yang kadang-kadang nak jumpa pemimpin di peringkat bahagian
pun susah.Pihak pembangkang berlaku sedemikian kerana mereka tahu anak-anak muda
adalah aset yang penting bagi mereka pada masa depan.Tetapi Pemuda UMNO mungkin
berfikiran anak-anak muda ni menyusahkan mereka.
3.Ada kementerian yang diketuai oleh UMNO yang berfikiran dan membuat keputusan yang
menyukarkan kehidupan rakyat.Sebagai contoh semasa harga minyak dunia tidak stabil
pihak kementerian telah mengambil keputusan untuk mengkaji harga minyak 3 bulan
sekali.Beginikah seseorang Menteri berfikir dan membuat keputusan?Mereka pikir mereka
je yang bagus tanpa memikirkan kapayahan rakyat ketika itu.Aku pernah juga
terpikir,kenapa kadang-kadang Menteri ni berfikir seperti budak sekolah darjah 6?
Itulah antara pendapat aku mengapa UMNO tersungkur pada PRU-12.Tak pasal-pasal Johor yang sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat BN ditembusi oleh pembangkang.
Kekalahan BN pada PRU-12 menunjukkan bahawa rakyat menunjukkan kuasa mereka melalui undi walaupun bagi aku mereka bukan mengundi pembangkang untuk pembangkang menerajui kepimpinan negara.Rakyat sekarang sudah bijak,mereka tidak hanya mendengar tetapi mereka tengok apa yang kerajaan lakukan untuk keharmonian dan pembangunan ekonomi untuk mereka.
Jadi kalau kita sama-sama sayangkan UMNO,baik dari peringkat MT,Negeri dan Bahagian berubahlah menjadi yang terbaik.Pihak akar umbi sentiasa memerhatikan anda semua.Kalau akar rosak maka rosaklah pokok tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Salam...setuju dengan fakta anda..
tambah..dulu UMNO lahir dengan perjuangan membela dan menaikkan martabat bangsa agama dan negara tapi generasi baru UMNO kini berjuang mendapatkan tender dan merebut harta..perjuangan sebenar
tersasar...
salam, blog tuan sudah dilink.
Pemimpin sombong dan bongkak punca UMNO kalah.
Setuju..cuma saya berpendapat UMNO dulu berjuang untuk menentukan untung nasib bangsa dan negara, tapi UMNO yang wujud sekarang berjuang untuk mengukuhkan kedudukan dalam parti dan parti itu sendiri manakala rakyat dan bangsa..torgolek dock..
BAGI PENDAPAT AKU PULA..UMNO KALAH PRU 12 SBB MENGAMALKAN RASUAH DAN RASUAH MERUPAKAN MUSUH NO1 NEGARA..sejak akhir2 ini,pemimpin umno sedar dan akui kesilapan mereka dan parti umno dlm proses pemulihan semula agar diterima rakyat.
Catat Ulasan