Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog Ragam 1 Malaysia.Sempena kedatangan bulan Ramadhan atau pun bulan yang dikenali sebagai bulan puasa aku nak berkongsi sedikit ilmu supaya kita semua muslimin dan muslimat dapat mengerjakan Rukun Islam Yang Ketiga dengan sempurna.Jangan pulak kita panggil bulan puasa tapi kita tak puasa.Rugi tau kalau kita tak berpuasa didalam bulan Ramadhan ni,sebab ada kemungkinan tahun depan tidak akan dapat merasai nikmat bulan Ramadhan yang mulia ini.Ye la ajal dan maut Allah SWT yang tentukan.Dalam masa setahun tidak mustahil jika kita dipanggil olehNya.Niat puasa wajib bulan ramadhan untuk sebula 'Sahaja aku berpuasa sebulan di bulan Ramadhan,wajib keatas diriku kerana Allah Ta'ala'tu tu niat untuk puasa sebulan la.Kalau niat puasa untuk setiap hari pulak 'Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam bulan Ramadhan wajib keatas diriku kerana Allah Ta'ala.Niat puasa ini hendaklah diniatkan pada malam hari puasa.
Definasi Puasa.
Puasa adalah perkataan Melayu yang diterjemahkan dari bahasa Arab 'as-saum' atau 'as-siyam'Dari segi bahasa ia membawa erti menahan diri dari sesuatu perkara.Pada pengertian syarak ia bermaksud menahan diri dari makan dan minum serta lain-lain perkara yang boleh membatalkanpuasa mulai terbit fajar sehingga ke waktu matahari terbenam.
Syarat Wajib Puasa.
1.Beragama Islam.
2.Baligh ataupun sampai umur.
3.Berakal sempurna.
4.Berkuasa mengerjakannya.
Syarat Sah Puasa.
1.Islam.
2.Mumaiyiz,yakni mengerti perbezaan yang baik dengan yang buruk.
3.Suci dari darah Haid dan Nifas.
4.Puasa hanya pada hari-hari yang dibenarkan sahaja.
Perkara Yang Membatalkan Puasa.
1.Berniat membatalkan puasa.Berniat untuk berbuka atau membatalkan puasa dengan . sengaja dan bersungguh-sungguh boleh membatalkan puasa sekalipun ia tidak makan atau
minum atau tidak melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa.
2.Makan atau minum dengan sengaja.
3.Muntah dengan sengaja.Muntah dengan sengaja beerti muntah diatas perbuatan
sendiri,bukan kerana mabuk dan sebagainya.
4.Bersetubuh.
5.Keluar mani dengan sengaja.
6.Keluar darah Haid atau Nifas.
7.Gila,jika gila itu datanya disiang hari maka batallah puasanya.
8.Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan secara sengaja kedalam hidung,telinga dubur
dengan sengaja boleh membatalkan puasa.
Orang Yang Diharuskan Berbuka Puasa.
1.Orang yang sakit,sekiranya berpuasa akan menambahkan kesakitan mereka.
2.Musafir.Orang yang sedang dalam perjalan jauh yang membabitkan jarak 2 marhalah atau
80.640 kilometer.
3.Orang yang uzur,orang tua yang lemah,orang-orang yang lemah kerana penyakit yang
tidak ada harapan untuk sembuh atau kerana semulajadinya lemah.
4.Orang perempuan yang hamil.
5.Ibu yang menyusukan anak.
6.Wanita yang datang haid dan nifas.
7.Orang yang pitam sepanjang hari.
8.Orang gila.
Perkara Yang Disunatkan Bagi Orang Yang Berpuasa.
1.Bersahur walaupun sedikit makanan atau minumanpada waktu akhir malam.
2.Menyegerakan berbuka setelah yakin matahari telah terbenam.
3.Berdoa sewaktu berbuka dan maksud doa "Wahai Tuhanku!Kerana Engkau aku berpuasa
dan dengan rezeki Engkau aku berbuka,dahaga hilang dan urat-urat telah menyedut
makanan,mudah-mudahan Allah menetapkan ganjaranNya"
4.Berbuka dengan buah kurma atau manisan.
5.Memberi makanan atau minuman untuk orang berbuka puasa.
6.Memperbanyakkan amalan kebajikan dan sedekah.
7.Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan selawat keatas Nabi tidak kira siang atau
malam.
8.Menjauhkan diri daripada percakapan-percakapan yang tidak berguna dan buruk.
9.Menyucikan diri (Mandi Junub) bagi orang yang berhadas besar sebelum naik fajar.
10.Bersembahyang sunat Terawih.
Perkara Yang Makruh Bagi Orang Yang Berpuasa.
1.Berbekam.
2.Memamah sesuatu yang tidak boleh hancur.
3.Menyedut air yang berlebihan ketika berwuduk.
4.Mengucup isteri.
5.Masih dalam keadaan berjunub semasa sudah masuk waktu subuh.
6.Memberus gigi atau berkumur-kumur selapas tergelincir matahari.
Sekiranya ada tulisan aku yang tersasar dari hukum tolong teguri aku,aku hanyalah manusia biasa.Yang baik datangnya dari Allah Yang Maha Esa,dan yang buruk datangnya dari diri kita sendiri.Semoga puasa kita dalam bulan Ramadhan ini dapat diterima OlehNya.Amin.
Isnin, 9 Ogos 2010
Sabtu, 7 Ogos 2010
Kondom Wanita.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua.Ini pasal cerita kondon wanita pulak ni.Kita asyik tengok kondom lelaki jek kan?Kali ini kita lihat pula kondom yang dicipta khas untuk kaum hawa.Iyela ini baru adil,takkan lelaki jek yang nak pakai safety bila melakukan hubungan seks,wanita pun kena ada safety gak.Kalau tak buat naye jek kat diorang.Kat sini aku akan cerita sedikit tentang info kondom ni dan korang boleh tengok video live cara-cara pemakaian kondom ni.Kondom wanita ini terbahagi kepada 2 jenis.
Kondom jenis pertama ini adalah jenis kondom biasa,dimana ia digunakan untuk mengawal penyakit seperti HIV/Aids serta penyakit-penyakit kelamin yang lain.
Video diatas adalah cara pemakaian kondom wanita dengan betul.
Jenis kondom yang kedua ni pula dipanggil dengan nama Rape Axe Condom.Kondom ini telah dicipta khas bagi melindungi wanita daripada dirogol.Kondom ini dicipta dengan mempunyai gigi-gigi tajam didalamnya.
Sekiranya siperogol memasukkan 'anunya' kedalam kemaluan wanita tersebut.gigi-gigi didalam kondom itu akan mencengkam 'anu' perogol tersebut.Sekiranya siperogol menarik keluar 'anunya' gigi yang berada didalam kondom tersebut akan mencengkam lebih kuat dan ini akan menambahkan kesakitan kepada perogol tersebut.Apa yang aku tahu,sekiranya terjadi keadaan sedemikian perogol tersebut hanya boleh melepaskan kondom tersebut dengan berjumpa dengan doktor sahaja ini menyenangkan pihak berkuasa menangkap perogol tersebut.
Dr.Sonnet Ehles adalah pencetus idea kepada penciptaan Rape Axe Condom.Beliau mendapat ilham mencipta kondom tersebut ketika terjumpa seorang mangsa rogol yang berkata "Kalaulah saya mempunya gigi dibawah ini...."Setahu aku kondom ini belum berada dipasaran kerana masih dalam kajian tentang keberkesanan dan keselamatan si pemakai.Okeylah ini jek yang aku tahu tentang kondom wanita ni.Ini adalah untuk pengtahuan kita bersama.Sesiapa yang mempunyai cerita untuk dikongsi bersama tidak kira kisah hitam masa lalu,diri dalam dilema atau masalah kehidupan,bolehlah emailkan kepada ragam1malaysia@gmail.com.
Jumaat, 6 Ogos 2010
Mat Rempit Terlampau.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Wekang,cucuk buntot,sagat tungking,,ada bran,sebelah tangan dan banyak lagi istilah-istilah yang melambangkan keberanian Mat Rempit menunjukan lagak serta memperjudikan nyawa mereka ditengah kesibukan jalan raya bagi mencabar kawan serta lawan mereka.Antara modifikasi motor pulak isitilah seperti kopek ekzos,tayar sotong,chamber,korek block,korek arm adalah untuk menambah kelajuan serta pick-up motor mereka.
Mat Rempit boleh dibahagikan kepada 2 kategori.Kategori yang pertama adalah mat rempit yang terlampau ekstrem dalam kehidupan rempit mereka.Mereka ini adalah mat rempit yang terlampau dan menjadikan kerjaya pelumba haram untuk mereka terus hidup.Kebanyakan Mat Rempit kategori ini tidak mempunyai pekerjaan dan selalunya terbabit dalam ks jenayah sperti ragut dan peras ugut.Kategori kedua adalah kumpulan Mat Rempit yang hanya suka make-up motor mereka supaya kelihatan gempak bila berada dijalanraya.Mat Rempit spesis ni tak berapa minat sangat dalam perlumbaan haram.Diorang ni hanya plasing kecantikan motor diorang jek.Bukan semua Mat Rempit ni jahat.Mereka pon manusia seperti kita juga.Tapi banyak diantara mereka ini kurang berakal.Mengapakah kita asyik bercerita tentang keburukan dan kebodohan Mat Rempit dan apa pulak jalan penyelesaian yang sudah kita lakukan?Inilah lah rakyat Malaysia.mereka tahu mengkeji jek,tapi tidak mahu mengkaji dan mencari jalan penyelesaian yang relevan.Adakah hukuman yang lebih berat boleh melumpuhkan aktiviti Mat Rempit?
Hukuman yang lebih berat bukan jalan penyelesaian yang sempurna.Bila Mat Rempit dapat tahu yang hukuman berat yang mereka terima sekiranya mereka ditahan polis,mereka akan menjadi lebih liar,ganas dan kurang ajar ini akan menyebabkan lebih ramai lagi anngota polis akan dilanggar,disepak dan lebih malang lagi kalau di hentak dengan helmet.Silap-silap boleh bawa maut wo...Bertambahlah pulak bilangan ibu tunggal dan anak yatim kat Malaysia ni.ahakz...Daripada kita selalu mengambil tindakan yang tidak rasional,apa kata kita sama-sama mencari jalan penyelesaian yang boleh diterima oleh semua pihak dan boleh menguntungkan kedua-dua pihak.Sebagai contoh,kenapa tidak kita menambah course di IPT dan mencadangkan kepada pihak telivisyen swasta manganjurkan Akademi Rempit.Boleh ke tidak?Kita tidak patut menahan minat orang lain.Ini adalah minat yang boleh membawa keuntungan kepada bangsa dan negara.Tidak mustahil jika satu hari nanti Malaysia akan ramai melahirkan top raider dalam kancah dunia permotoran antarabangsa jika langkah-langkah tersebut dapat dikaji.
Mahukah kita melihat anak bangsa kita mati katak dijalanraya?98% Mat Rempit ini adalah anak-anak Melayu,adakah kita suka melihat anak-anak Melayu yang digelar Mat Rempit memenuhi penjara-penjara kat Malaysia ini?Ataupun kita mahu melihat mereka ini sebagai anak Melayu yang berjaya? Bersama-samalah kita berfikir secara matang dan meminta kerajaan membuat keputusan yang betul untuk menyalurkan minat si Rempit ini ketempat yang betul.Kepada sesiapa yang ada cerita untuk dikongsi,tidak kira sejarah hitam,masalah ataupun kehidupan didalam dilema,bolehla emailkan cerita anda di ragam1malaysia@gmail.com
Khamis, 5 Ogos 2010
Kembara Mahkota Johor 2010.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua.Aku sebagai rakyat Johor yang berada di daerah Pontian dengan rasa sangat bebesar hati mengalu-alukan serta mengucapkan selamat datang kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta keluarga Diraja dan ahli rombongan Kembara Mahkota Johor 2010 ke daerah Pontian pada 7-9 ogos ini.Sebagai rakyat Johor,aku sangat bebangga kerana DYMM Tuanku Ibrahim sanggup datang ke setiap daerah-daerah di dalam Negeri Johor semata-mata untuk melihat sendiri keadaan rakyat di Negeri Johor yang dicintai ini.Bagi aku DYMM Tuanku Ibrahim adalah seorang Sultan yang sangat berjiwa rakyat kerana Baginda tidak terlalu berprotokol untuk menjengah rakyat disepanjang kembaranya diseluruh daerah Negeri Johor.Bagi aku Baginda seorang yang sangat mengambil berat dan ingin sentiasa bersama rakyat jelata.Aku difahamkan,sempena lawatan dalam Kembara Mahkota Johor di Pontian,Baginda akan merasmikan bangunan Pejabat Daerah Pontian.Pertandingan memancing pun turut diadakan pada hari Ahad.Aku mendoakan agar Baginda dan seluruh ahli Kembara Johor 2010 akan selamat dlam perjalanan pergi dan balik.Semoga DYMM Tuanku,terus sentiasa dan ada didalam hati rakyat Johor Darul Ta'zim dan rakyat Johor akan terus dapat hidup dalam keadaan aman damai.Amin.
Selasa, 3 Ogos 2010
Pornografi Dan Video Lucah Di Internet.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.Baru-baru ini aku ada membaca sebuah blog yang meminta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat lawan-laman web yang mengandungi elemen-elemen lucah.Aku terpanggil dengan saranan tersebut dan bagaikan ada tarikan magnet yang kuat unutk aku menulis pendapat aku sendiri.Adakah laman-laman lucah penyumbang kepada gejala sosial?Pada bulan lepas kalau kita membaca surat khabar atau mendengar berita di tv,kita akan tahu ada seorang pelajar sekolah Agama yang telah ditemui meninggal disalah sebuah chalet di Pantai Cahaya Bulan kerana keguguran,adakah pelajar tersebut terpengaruh dengan video lucah?Adakah dengan menyekat laman-laman yang mengandungi bahan pornografi dan video lucah boleh menghapuskan gejala sosial?Kalau jawapan dari aku pastinya TIDAK.ALLAH menciptakan manusia dengal mempunyai akal dan nafsu,apabila nafsu menguasai akal apapun manusia akan lakukan,tidak kira yang dilakukan adalah haram ataupun halal.Selagi manusia mempunyai nafsu,selagi itulah manusia akan melakukan kerosakan kepada diri sendiri dan kepada dunia.Saranan aku kalau nak gejala sosial kita kena buang nafsu kita,boleh ke kita buang nafsu kita?Manalah tau kalau kerajaan boleh bantu masyarakat 1 Malaysia membuang nafsu mereka.Ahakz..pelikkan bunyinya. Setiap benda yang diciptakan ada positif dan negatif,sebab itulah wujudnya Syurga Dan Neraka.Sekarang kita berada dalam dunia tanpa sempadan memang banyak perkara yang kita perlu hadapi.Pada zaman aku remaja dalam tahun 90 an dulu,internet ni adalah sesuatau yang asing bagi kami,kat kampung terus xder internet tetapi gejala sosial seperti seks bebas telah ada dan ramai kawan-kawan aku adalah pengamal seks bebas.Kalu setakat melakukan hubungan seks ramai-ramai tu menjadi perkara biasa.Tak maen la bawak kat kebun sawit,dalam kelas pon boleh buat.hahaha...Dalam isu ini yang penting adalah iman seseorang,jika iman seseorang tidak kukuh tiada Internet Dan Jalur Lebar pun gajala ini tetap berluluasa.Aku tidak membantah mahupun menyokong saranan menyekat laman web kerana aku ini jenis berfikiran terbuka dan aku tidak mahu menjadi manusia hipokrit.Kalau laman-laman lucah disekat pun bukannya orang dalam 1 Malaysia ni tidak boleh melakukan seks,betul tak?Seks adalah fitrah hidup,tetapi bagi seorang muslim aku sarankan hanya lakukan seks hanya pada pasangan yang halal kita setubuhi,itu saranan aku aje.Kalau korang nak buat seks rambang pun lantak korang lah,dapat dosa pun korang masuk neraka pun korang.Hahaha..Aku tak subahat pon sebab aku da nasihat.Mak Bapak korang pun tak mara buat apa lak aku nak marah.Cuma aku boleh bagi nasihat sebagai sama-sama Muslim.Sesiapa ada cerita untuk dikongsi bersama tidak kiralah kisah hitam ke,masalah hidup,cerita menarik ataupun hidup dalam dilema boleh hantarkan kisah anda dialamat email ini : ragam1malaysia@gmail.com
Langgan:
Catatan (Atom)