Khamis, 5 Ogos 2010
Kembara Mahkota Johor 2010.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua.Aku sebagai rakyat Johor yang berada di daerah Pontian dengan rasa sangat bebesar hati mengalu-alukan serta mengucapkan selamat datang kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta keluarga Diraja dan ahli rombongan Kembara Mahkota Johor 2010 ke daerah Pontian pada 7-9 ogos ini.Sebagai rakyat Johor,aku sangat bebangga kerana DYMM Tuanku Ibrahim sanggup datang ke setiap daerah-daerah di dalam Negeri Johor semata-mata untuk melihat sendiri keadaan rakyat di Negeri Johor yang dicintai ini.Bagi aku DYMM Tuanku Ibrahim adalah seorang Sultan yang sangat berjiwa rakyat kerana Baginda tidak terlalu berprotokol untuk menjengah rakyat disepanjang kembaranya diseluruh daerah Negeri Johor.Bagi aku Baginda seorang yang sangat mengambil berat dan ingin sentiasa bersama rakyat jelata.Aku difahamkan,sempena lawatan dalam Kembara Mahkota Johor di Pontian,Baginda akan merasmikan bangunan Pejabat Daerah Pontian.Pertandingan memancing pun turut diadakan pada hari Ahad.Aku mendoakan agar Baginda dan seluruh ahli Kembara Johor 2010 akan selamat dlam perjalanan pergi dan balik.Semoga DYMM Tuanku,terus sentiasa dan ada didalam hati rakyat Johor Darul Ta'zim dan rakyat Johor akan terus dapat hidup dalam keadaan aman damai.Amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan