Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog Ragam 1 Malaysia.Sempena kedatangan bulan Ramadhan atau pun bulan yang dikenali sebagai bulan puasa aku nak berkongsi sedikit ilmu supaya kita semua muslimin dan muslimat dapat mengerjakan Rukun Islam Yang Ketiga dengan sempurna.Jangan pulak kita panggil bulan puasa tapi kita tak puasa.Rugi tau kalau kita tak berpuasa didalam bulan Ramadhan ni,sebab ada kemungkinan tahun depan tidak akan dapat merasai nikmat bulan Ramadhan yang mulia ini.Ye la ajal dan maut Allah SWT yang tentukan.Dalam masa setahun tidak mustahil jika kita dipanggil olehNya.Niat puasa wajib bulan ramadhan untuk sebula 'Sahaja aku berpuasa sebulan di bulan Ramadhan,wajib keatas diriku kerana Allah Ta'ala'tu tu niat untuk puasa sebulan la.Kalau niat puasa untuk setiap hari pulak 'Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam bulan Ramadhan wajib keatas diriku kerana Allah Ta'ala.Niat puasa ini hendaklah diniatkan pada malam hari puasa.
Definasi Puasa.
Puasa adalah perkataan Melayu yang diterjemahkan dari bahasa Arab 'as-saum' atau 'as-siyam'Dari segi bahasa ia membawa erti menahan diri dari sesuatu perkara.Pada pengertian syarak ia bermaksud menahan diri dari makan dan minum serta lain-lain perkara yang boleh membatalkanpuasa mulai terbit fajar sehingga ke waktu matahari terbenam.
Syarat Wajib Puasa.
1.Beragama Islam.
2.Baligh ataupun sampai umur.
3.Berakal sempurna.
4.Berkuasa mengerjakannya.
Syarat Sah Puasa.
1.Islam.
2.Mumaiyiz,yakni mengerti perbezaan yang baik dengan yang buruk.
3.Suci dari darah Haid dan Nifas.
4.Puasa hanya pada hari-hari yang dibenarkan sahaja.
Perkara Yang Membatalkan Puasa.
1.Berniat membatalkan puasa.Berniat untuk berbuka atau membatalkan puasa dengan . sengaja dan bersungguh-sungguh boleh membatalkan puasa sekalipun ia tidak makan atau
minum atau tidak melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa.
2.Makan atau minum dengan sengaja.
3.Muntah dengan sengaja.Muntah dengan sengaja beerti muntah diatas perbuatan
sendiri,bukan kerana mabuk dan sebagainya.
4.Bersetubuh.
5.Keluar mani dengan sengaja.
6.Keluar darah Haid atau Nifas.
7.Gila,jika gila itu datanya disiang hari maka batallah puasanya.
8.Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan secara sengaja kedalam hidung,telinga dubur
dengan sengaja boleh membatalkan puasa.
Orang Yang Diharuskan Berbuka Puasa.
1.Orang yang sakit,sekiranya berpuasa akan menambahkan kesakitan mereka.
2.Musafir.Orang yang sedang dalam perjalan jauh yang membabitkan jarak 2 marhalah atau
80.640 kilometer.
3.Orang yang uzur,orang tua yang lemah,orang-orang yang lemah kerana penyakit yang
tidak ada harapan untuk sembuh atau kerana semulajadinya lemah.
4.Orang perempuan yang hamil.
5.Ibu yang menyusukan anak.
6.Wanita yang datang haid dan nifas.
7.Orang yang pitam sepanjang hari.
8.Orang gila.
Perkara Yang Disunatkan Bagi Orang Yang Berpuasa.
1.Bersahur walaupun sedikit makanan atau minumanpada waktu akhir malam.
2.Menyegerakan berbuka setelah yakin matahari telah terbenam.
3.Berdoa sewaktu berbuka dan maksud doa "Wahai Tuhanku!Kerana Engkau aku berpuasa
dan dengan rezeki Engkau aku berbuka,dahaga hilang dan urat-urat telah menyedut
makanan,mudah-mudahan Allah menetapkan ganjaranNya"
4.Berbuka dengan buah kurma atau manisan.
5.Memberi makanan atau minuman untuk orang berbuka puasa.
6.Memperbanyakkan amalan kebajikan dan sedekah.
7.Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan selawat keatas Nabi tidak kira siang atau
malam.
8.Menjauhkan diri daripada percakapan-percakapan yang tidak berguna dan buruk.
9.Menyucikan diri (Mandi Junub) bagi orang yang berhadas besar sebelum naik fajar.
10.Bersembahyang sunat Terawih.
Perkara Yang Makruh Bagi Orang Yang Berpuasa.
1.Berbekam.
2.Memamah sesuatu yang tidak boleh hancur.
3.Menyedut air yang berlebihan ketika berwuduk.
4.Mengucup isteri.
5.Masih dalam keadaan berjunub semasa sudah masuk waktu subuh.
6.Memberus gigi atau berkumur-kumur selapas tergelincir matahari.
Sekiranya ada tulisan aku yang tersasar dari hukum tolong teguri aku,aku hanyalah manusia biasa.Yang baik datangnya dari Allah Yang Maha Esa,dan yang buruk datangnya dari diri kita sendiri.Semoga puasa kita dalam bulan Ramadhan ini dapat diterima OlehNya.Amin.
Isnin, 9 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan