Pages

Subscribe Twitter Facebook

Khamis, 26 Ogos 2010

Mulut Longkang?



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Aku ada membaca sebuah akhbar yang dinaungi oleh parti PAS yang menerbitkan pandangan Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG).Dr.Tooh Kin Woon yang juga Presiden LLG telah menyatakan dalam akhbar tersebut yang isu perkauman tidak timbul jika tiada UMNO. Adakah kenyataan seperti itu patut dibuat?

Tidakkah apa yang dikatakan Dr.Tooh Kin Woon juga berunsur perkauman?Kerana dalam UMNO boleh dikatakan 99.97% adalah orang Melayu.Inilah kalau orang bila belajar terlalu tinggi dan suka mencari publisiti tapi apa yang dicakap pun diorang sendiri yang tak paham.Bayangkan kalau tiada UMNO,apa yang akan jadi pada orang-orang Melayu kat Malaysia ni?


Kebanyakan ahli-ahli dalam PAS dan PKR pun satu masa dulu adalah ahli UMNO,betul tak?PAS dulu pun pernah duduk dalam perikatan.Jangan lah nak bodoh-bodohkan orang dengan kenyataan tersebut.


Seperti isu keris Pemuda UMNO,keris adalah warisan Melayu,manakala UMNO adalah pusaka yang ditinggalkan oleh pejuang-pejuang orang Melayu dahulu yang ditubuhkan oleh Allahyarham Dato' Onn.Salahkan cucu kepada pemimpin yang mengasaskan UMNO memegang keris sebagai tanda UMNO adalah wadah untuk  perjuangan orang-orang Melayu.

Kalau itu menjadi kesalahan kenapa pihak pembangkang tidak menjadikan keris dalam bendera dan logo UMNO sebagai isu?Jadi kita kalau nak bercakap tu refreshkan dulu akal tu.Jangan nak ambik hembus jek.Nanti bila dah kena,cakap orang lain pulak yang memutarbelitkan kenyataan.

0 ulasan: