Pages

Subscribe Twitter Facebook

Ahad, 22 Ogos 2010

PDRM Ada Bukti Isu Doakan Guan Eng?

 

Polis Pulau Pinang tubuh pasukan khas siasat isu khutbah

22/08/2010 1:55pm

GEORGE TOWN, 22 Ogos. — Polis Pulau Pinang telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat isu kejadian khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri Lim Guan Eng, dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.
Ketua Polis negeri Datuk Ayub Yaakob berkata polis negeri telah menerima dua laporan mengenai isu itu iaitu yang pertama dibuat di Balai Polis Butterworth dan satu lagi di Balai Polis Tasek Gelugor dalam daerah Seberang Perai Utara.
"Satu pasukan khas polis telah ditubuhkan bagi menyiasat kejadian tersebut dan sehingga kini 15 orang saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. — Bernama


Aku berharap sangat kes ni dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin sebab kes ni da macam nak hina Islam jek.Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ni.Kepada siapa-siapa yang menafikan doa untuk Guan Eng dibacakan dalam khutbah Jumaat,PDRM dah ada rakaman dari khutbah Jumaat.Kepada orang politik yang beragama Islam,lebih-lebih lagi dari PR tolong jangan nak butakan mata dan pekakkan telinga.Jangan nak menafikan lagi dan jangan nak bersetongkol dalam isu ini.Jangan jadi tongong semata-mata untuk kepentingan politik korang.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KITE TENGOK SAPE YANG KENAAAAAAAAAAAAAA HUHUHU >|D