Sabtu, 21 Ogos 2010
1 Malaysia Menjana Transformasi.
Asslamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog Ragam 1 Malaysia.31 Ogos 2010 genaplah 53 tahun Malaysia merdeka.Dengan tema 1Malaysia Menjana Transformasi aku berharap sangat agar Malaysia akan terus maju dan berdaya saing.Dan semua kaum yang ditunjangi oleh Melayu dapat hidup dengan aman damai disamping kaum-kaum yang lain dinegara ini.Ha..kat sini aku nak ingatkan pada yang dah lupa tarikh kemerdekaan negara kita yang amat kita cintai ini.31 Ogos 1957 adalah tarikh keramat yang membawa Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia keluar dari cengkaman penjajah.
Ni pulak lagu yang sentiasa yang akan kita dengar sewaktu menyambut ulangtahun kemerdekaan.Kira killer song semasa menyambut ulangtahun kemerdekaan lah ni.Memang bestkan lagu ni?Boleh jadi bersemangat kita bila dengar lagu ni.
Kadang-kadang aku terpikir juga,apakah erti kemerdekaan?Bagi aku kemerdekaan sesebuah negara,membawa erti bahawa negara itu telah bebas daripada cengkaman negara luar dan dan boleh membuat keputusan sendiri untuk melakukan sesuatu kemajuan atau keputusan untuk sesebuah negara.
Ada pula orang yang bertanya pada kita,apakah kita ini merdeka?bagi aku selagi kita ni dipanggil manusia kita tidak akan merdeka,betol tak?Kita tak payah nak cakaplah bahawa minda atau tabiat kita ni masih dijajah oleh bangsa lain.Tidakkah kita ni terpikir yang kita sentiasa dijajah dalam kehidupan?
Mungkin korang tengah pikirkan,apalah yang mamat ni merepek?Lalok ke mamat ni?Hahaha...Okey lah aku bagi korang contoh:-Kalau korang ni sebagai politikus,korang dengar cakap siapa,tentu korang dengar cakap pemimpin korangkan?Takkan lah pulak korang nak dengar cakap parti pembangkang pulak.Tak ker itu satu daripada penjajahan?
Yang pemimpin pulak minda mereka terjajah oleh pengikut,kalau pengikut mereka cakap itu dan ini tolak,darab,campur dan kalikan pon tunggang langgang jugak.Kalau kita nak bercakap soal dijajah dan menjajah ni,kita perlu betul-betul paham maksudnya.Jangan nak ikut cakap orang jek.Tu pun satu lagi contoh yang pemikiran kita dijajah tuh.
Walauapapun sekarang ni Malaysia sudah 53 tahun merdeka,dan apa yang kita perlu buat sekarang ini adalah jaga kemerdekaan yang telah diusahakan pemimpin kita yang terdahulu.Jangan kerana dek ketamakan kita dalam politik Malaysia kembali huru hara sudahlah.Bukannya Melayu sahaja yang kena jaga kemerdekaan Malaysia ini,semua kaum sperti Cina,India dan kaum-kaum yang lain pun kena bersama-sama berganding bahu bagi mempertahankan Malaysia yang kita cintai ini.Janganlah pulak tang kemerdekaan letak kat bahu Melayu,tapi tang buat untung dalam Malaysia bangsa lain yang ambil semua.
Semoga 1Malaysia Menjana Tranformasi menjadi tonggak kepada Malaysia untuk melangkah kehadapan dan menjadi Negara Islam yang maju dan aman damai.Tapi kita jangan lupa kepada pejuang-pejuang yang telah terkorban semasa pertempuran bagi mempertahankan tanah air dan kepada pemimpin-pemimpin yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.Kerana jasa merekalah kita dapat mencapai tahap Malaysia yang ada sekarang ini.Al-Fatihah...Semoga roh mereka di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Amin...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan