KUALA LUMPUR 18 Ogos – Program Wakaf al-Quran Untuk Dunia merupakan satu usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan penganut Islam yang berstatus minoriti di sesetengah negara dapat membaca dan memahami terjemahannya dalam bahasa masing-masing.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesukaran yang dihadapi oleh umat Islam di sesetengah negara untuk mendapat naskhah al-Quran dan tafsirannya dalam bahasa mereka sendiri telah memberi idea kepada pihaknya untuk menjalankan program itu.
‘‘Dengan mendapat al-Quran dan terjemahan dalam bahasa penerima, mereka diharap dapat memahami isi kandungannya.
“Oleh itu, program wakaf Al-Quran tepat pada masanya di samping membuktikan bahawa Malaysia sentiasa peka dengan misi kemasyarakatan dan kemanusian,”katanya menerusi teks ucapannya yang dibacakan Ketua Setiausaha kementerian itu, Dr. Ismail Ahmad sempena Majlis Pelancaran Program Wakaf al-Quran Untuk Dunia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.
Orang ramai yang ingin menderma secara SMS boleh berbuat demikian dengan menaip WAKAF 1 hingga 10 , jarak dan menghantar ke nombor 32728.
Selain itu, sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam Berhad atas nama Yayasan Restu Wakaf melalui nombor akaun 14032010021425.
Sementara itu, Ismail berkata, tiga negara yang telah dikenal pasti untuk menerima naskhah al-Quran mengikut terjemahan bahasa mereka ialah Kemboja, wilayah selatan Filipina dan China.
“Saya berharap agar masyarakat menghulurkan sumbangan untuk menjayakan program itu dan setakat ini lebih 4,000 SMS bernilai RM15,000 telah diterima,” katanya.
Pada majlis itu juga, sebanyak RM95,000 diterima hasil daripada sumbangan syarikat korporat.
Kat Malaysia ni Al-Quran dan terjemahannya amat mudah didapati kan?Ramai yang pandai membaca Al-Quran,tapi orang-orang camni kadang-kadang harap pandai baca jek penghayatan langsung takde.Pakai serban bela janggut tapi mencarut dan maki hamun orang lain bersepah.Inilah manusia,bila menganggap diri bagus dari orang lain.
Rabu, 18 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan