Pages

Subscribe Twitter Facebook

Ahad, 15 Ogos 2010

Penuntut IPT Boleh Berpolitik?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog Ragam 1 Malaysia.Hancur...Hancur..Aku tertarik untuk menulis kerana betul ke kerajaan sudah berfikir secara matang untuk membenarkan penuntut-penuntut di Intitusi Tinggi mengambil bahagian dalam kancah politik Nasional?Apa agaknya untungnya dari keputusan tersebut?Kenapa keputusan tersebut dibuat?Siapa yang untung dengan keputusan tersebut?

Bagi aku keputusan tersebut boleh diibaratkan bom jangka yang bila-bila masa boleh mengegarkan negara.Membenarkan penuntut IPT menyertai politik seperti membenarkan Polis dan Tentera menyertai politik.Sepatutnya pelajar-pelajar di IPT digalakkan untuk belajar kerana mereka adalah aset yang sangat berharga kepada negara dan mereka adalah pemimpin negara dimasa depan.

Mungkin kerajaan mengambil langkah tersebut untuk mendidik penuntut di IPT dengan suasana politik sebenar tanahair.Tetapi kita perlu pikir yang penuntut di IPT tidak pernah melihat budaya politik sebenar dan ini boleh mengakibatkan kejutan budaya politik yang mungkin mereka tidak sedar boleh melalaikan mereka kepada pelajaran serta menghancurkan mereka.Kesian kan kat mak bapak mereka,diorang ingat hantar anak ke Universiti untuk belajar supaya boleh  menjadi orang yang berguna kepada Agama,Bangsa dan Negara.Tapi sebaliknya pulak berlaku.Kalau penuntut ni berkecimpung dalam politik mereka ni bukan diajar berpolitik,tapi diorang ini akan diajar dengan mengata orang,mengumpat,mengkafir sesama islam dan mengkeji.Cukuplah bagi aku kalau mereka ini dengan politik kampus sahaja.


Kerajaan tidak akan memperolehi apa-apa keuntungan dari keputusan bagi membenarkan penutut-penutut di IPT menyertai politik kerana penyatuan penuntut-penuntut dikampus akan berpecah kepada empat bahagian yang mana penuntut akan mengikuti empat idealogi politik yang berbeza.Adakah mereka akan menjadikan UMNO untuk wadah perjuangan mereka?Kat bawah ni aku cuba rangking kan dari parti paling top yang akan disertai oleh penuntut-penuntut dan berjuang dibawah panji parti tersebut.




Inilah parti yang akan paling ramai akan disertai penuntut kerana parti ini mempunyai dana yang luar biasa serta mempunyai ramai ahli-ahli yang rajin mendekati dan mencampakkan ideologi serta menanamkan kebencian penuntut kepada kerajaan dan membuatkan penuntut tidak akan sedar bahawa mereka hanya dipergunakan Pemimpin PKR untuk memusnahkan negara dan menggadaikan maruah islam.Kat sini aku mintaklah kepada penuntut-penuntut supaya tidak menyertai PKR dan harus mengkaji Apa Sebenarnya Matlamat Penubuhan PKR?(Tajuk tulisan aku yang akan datang) sebelum menyertai parti ini.Jangan kerana duit 20 hengget dan sehelai T-Shirt penuntut sanggup berdemontrasi dijalan sudahlah,silap-silap kena tangkap Polis dah naya jek kene tidur kat lokap.Aku seorang rakyat Malaysia yang benci dan anti PKR.Parti ni buat malu orang Melayu dan Islam jek.







 Ini adalah parti kedua paling ramai yang akan disertai oleh penuntut-penuntut lebih-lebih lagi penuntut yang dalam pengajian Agama Islam.Pemimpin PAS banyak bejuang berlandaskan Islam untuk politik dan bukannya politik untuk Islam.Islam untuk politik membawa maksud Islam dijadikan bahan bahan politik tu yang baca ayat sekerat-sekerat baca ayat cuma untuk kepentingan perjuangan sampai tahap boleh menkafirkan orang islam bersetongkol dengan DAP tak kisah pulak tuh.Macam-macam fatwa dikeluarkan mereka sehingga tuhan pun mencarut menjadikan orang Islam kacau bilau dengan mende-mende yang mengarut,memaki hamun kalau orang lain tak boleh tapi kalau mencerca dan mengkeji orang mereka nombor 1.Maka politik untuk Islam adalah untuk menyatukan Islam bukanya memecahbelahkan perpaduan ummah.



Kat sini duduknya pelajar yang malas nak layan tentang politik.Bagi mereka politik ni membosankan asyik sana tak betul,sini tak betul.Semua tak betul,abestu yang betulnya siapa?Penuntut jenis ni mungkin akan menyertai politik tetapi mungkin lepas mereka berjaya dalam apa yang mereka cita-citakan.Kemungkinan besar juga kelompok jenis ni tidak akan menyertai politik dan akan berhati-hati dangan ideologi politik yang cuba menarik mereka.Sekiranya parti politik sperti UMNO,PAS dan PKR boleh menarik mereka ini kedalam kancah politik,mereka ini akan menjadi ahli yang setia dan mungkin juga berjaya dalam berpolitik.


 

Kenapa aku letak UMNO senarai paling bawh sekali?Dalam UMNO ni kebanyakan ahli dan pemimpin malaz.Mereka perlu kaji Kenapa UMNO Tersungkur Pada PRU Ke-12 (tajuk blog aku yang akan datang).Masa pilihanraya baru lah diorang terkedek-kedek jengah sana dan jengah sini.Lepas pilihanraya nak jumpa pun susah,bila ditanya,jawabnya sibuk meeting,lor,kalau asyik meeting jek bila nak buat dan pantau keputusan yang dah diambil dalam mesyuarat.

Sekali lagi aku tekankan biarlah penuntut-penuntut di Institut Pengajian Tinggi ni tamatkan diorang punya pengajian dulu barulah lantak diorang kalau diorang nak berpolitik ke apa ke tu diorang punya pasal sebab diorang dah berjaya dan mempunyai ilmu didada.Cukuplah dengan politik kampus yang akan mendidik diorang tentang politik.Wallahualam...

0 ulasan: