Assalamualaikum,salam Ramadhan dan salam 1Malaysia kepada semua pembaca Blog ragam 1Malaysia.Boleh dikata kan setiap hari halwa telinga kita disumbat oleh isu pembuangan bayi yang semakin tidak terkawal,Apa lah nak jadi pada anak-anak muda sekarang ni,buat anak tak pernah nak malu,tapi bila dah beranak malu pulak sebab anak yang dilahirkan tu berstatus anak luar nikah ataupun dalam bahasa kasarnya anak gampang.Bagi aku anak tu tak gampang,tapi mak bapak diorang yang gampang,diorang dapat sedap anak yang merana.
Aku ada berita yang gembira kepada siapa-siapa yang ingin buang bayi diluar sana.Nak tau apa berita yang mengembirakan sangat tu?Ha..ini dia berita yang boleh buat korang semua yang ada cita-cita untuk membuang bayi berasa gembira.Lepas baca berita macam ni korang boleh lah buat gangbang sexs party sebab boleh dapat ramai anak untuk dibuang.
Tu dia berita gembira.Menurut Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat,Dato'Seri Shahrizat Abdul Jalil kes pembuangan bayi sekarang akan disiasat mengikut Seksyen 304 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes tidak akan disiasat dibawah akta kanak-kanak.
Sekiranya bayi yang dibuang dijumpai masih dalam keadaan hidup,suspek akan didakwa dibawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan atas tuduhan cubaan membunuh dan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun.Bayangkan kalau orang pompuan tu dijatuhkan hukuman 30 tahun pada usia 20 tahun,bila keluar jek dari penjara dah expired tak ke rugi kan da x ley nak dapat zuriat.Jadi bila dah dapat anak,tak kira anak luar nikah atau sah taraf kita jaga lah mereka dengan didikan yang betul.Malu?Nak malu dengan siapa?Malu dengan manusia?B uat apa nak malu dengan manusia,kenapa tak malu dengan Allah SWT?
Sekiranya suspek yang ditahan atas tuduhan pembuangan bayi,dan bayi yang dibuang telah tidak bernyawa dia akan didakwa dibawak Sesyen 302 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.Kat sini kalau nak buang bayi tu pikr-pikir la dulu.Bagi aku kita manusia ini memang tak takut pada hukuman,tapi sayangilah usia muda korang semua.Jangan bazirkan masa muda dalam penjara.Rugi tau,orang lain sibuk cari harta ko pun buat harta lepas tu buang bersepah-sepah.Akai ada ka...Iyelah walaupun bagi aku hukuman bukanlah jalan penyelesaian yang baik,sebab selepas undang-undang ini dikuatkuasakan kita mungkin tidak lagi akan mendengar berita-berita penemuan bayi yang bersepah-sepah kerana mereka mungkin akan menanam atau melakukan apa saja untuk melenyapkan bukti,Kepada kementerian berfikirlah lebih matang dan bawalah mereka-mereka ini kepangkal jalan.Manusia adalah makhluk Allah SWT yang tidak lekang dari melakukan kesalahan.
Khamis, 12 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
mmg patut pn org yg buang bayi ni kne hukuman mcam tu.brani tebang brani pikul..brani buat brani tggung.
___levis_________
Catat Ulasan