Pages

Subscribe Twitter Facebook

Rabu, 11 Ogos 2010

Puasa Ke Tak Puasa Ni...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca dan rakyat Malaysia.Pertama sekali aku mengucapkan syukur kahadrat Ilahi kerana dihari pertama bulan Ramadhan ini aku dapat berpuasa dengan iman yang kuat maklumlah hari pertama ni kena kuat semangat sikit,ape taknya setelah 11 bulan kerja kita asyik makan jek.Hehehe...

Kat sini aku nak kongsi cerita berpuasa semasa kecik-kecik dulu.Kali pertama aku cuba puasa penuh 1 hari ketika aku berusia 8 tahun,pada masa tuh aku slalu gak puasa tapi macam biasa lah masa budak-budak ni puasa setengah hari memang menjadi kebiasaan tu pun sebab kat sekolah kantin tutup.Kalau tak,mahunya tak puasa.

Yela..pada hari aku puasa penuh tu,aku boleh dikatakan okey jek tapi setiap 5 minit mesti tengok jam setiap kali tengok jam tu setiap kali gak aku tanya kat arwah bapak aku bila waktu berbuka.Bila dah asyik tanya bila nak buka puasa bapak aku pun mungkin naik boring gak 'Kalau ko tak tahan,ko nak bukak pusa ko berbuka je la' tapi aku sayang nak bukak puasa sebab dalam 4 jam agi akan masuk waktu berbuka puasa.Salah 1 sebab kenapa aku sayang kat puasa aku ialah,kalau aku tak puasa,bila sampai waktu berbuka aku tak boleh duduk bersama 'Ko tak puasa mane boleh makan ngan orang yang nak bukak puasa nih' tu kata-kata akak sulung aku yang masih terngiang-ngiang lagi kat telinga nih.

Ha..berbalik pada cerita aku yang dapat berpuasa penuh 1 hari tadi.Masa tu bila dah masuk waktu nak berbuka aku orang yang pertama duduk di meja makan.Dan kini tibalah waktu berbuka puasa.Setelah selesai bapak aku membaca doa bukak puasa dengan ganasnya aku meneguk bergelas-gelas air,dan setelah habis ku teguk air yang bergelas-gelas tu,kepala aku menjadi pening dan perut aku sakit.Apalagi aku terus berlari kebilik air..Nak tau apa yang jadi???Aku termuntah semua benda yang aku minum tadi lepak wo.Pada hari tu aku rasa aku dah tak mau puasa lagi,dan esoknya seperti biasa aku puasa setangah hari jek.

Selepas hari ketiga,aku nekad untuk cuba sekali lagi berpuasa 1 hari,kerana aku tidak mahu dipulaukan ketika orang berbuka puasa.Dan Alhamdulilah aku berjaya dan sehingga kini,apa yang berlaku keatas diri aku tersemat rapi dalam kepala otak aku ni.

Tapi satu jek sikap aku yang aku suka,aku tak pandai nak berbohong sesapa kalau aku  tak puasa.kalau tak puasa,aku cakap jek yang aku ni tak puasa.Kepada sesiapa yang tak puasa tu janganlah nak menipu seolah-olah puasa pulak.Dah la dosa tak pusa kita dapat,tambah lagi satu dosa menipu pulak.Bulan Ramadhan ni bukanya bulan untuk membuat dosa lor.Yang berpuasa tu jaga-jagalah percakapan,jangan asyik nak mengumpat jek penat le kalau puasa ni hanya dapat lapar dan dahaga jek kan?Kepada semua aku mengucapkan selamat berpuasa.Puasa jangan tak puasa tau...:)

0 ulasan: