Pages

Subscribe Twitter Facebook

Rabu, 25 Ogos 2010

200 Wanita Dirogol Beramai-Ramai.



GOMA - Hampir 200 wanita dirogol secara bergilir-gilir oleh sekumpulan pemberontak Rwanda dan Congo yang menawan beberapa kampung di bahagian timur Congo selama empat hari sejak 1 Ogos lalu.

Kawasan penempatan Luvungi dan beberapa kampung berhampiran daerah perlombongan itu diserang pemberontak pada 30 Julai lalu sebelum ditawan dua hari kemudian.

Will F Cragin dari Organisasi Perubatan Antarabangsa melahirkan rasa kecewa kerana tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lambat bertindak walaupun kem tentera hanya terletak 16 kilometer dari lokasi kejadian.

"Tentera pengaman PBB hanya pergi ke kawasan itu pada 4 Ogos lalu, iaitu selepas pemberontak meninggalkan kawasan itu.

"Sehingga sekarang, tentera pengaman di Congo belum mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya di Goma, kelmarin.

Jurucakap PBB di New York, Martin Nesirky mengesahkan sekurang-kurangnya 154 wanita membuat laporan dirogol bergilir-gilir oleh pemberontak Pasukan Demokratik Pembebasan Rwanda (FDLR) dan pemberontak Mai-Mai dari Congo.

Empat bayi lelaki yang baru berumur sebulan, enam bulan, 12 bulan dan 18 bulan turut diliwat.


Inilah akibatnya kalau sesebuah negara bergolak.Semua orang nak berkuasa dan menghalalkan apa jua tindakan yang mereka lakukan.Jadi sempena menyambut hari kemerdekaan ke 53 sama-samalah kita menjaga keamanan yang kita nikmati sekarang ini.Jangan kerana politik sempit,Malaysia menjadi huru-hara.1 Malaysia Menjana Transformasi.

1 ulasan:

udanggalah berkata...

Salam..Begitulah trajisnya negara miskin..seolah-olah tiada erti kehidupan..Kita yang dah jadi negara maju dan berjaya ni lain pulak jadinya..asyik nak berebut harta..entahlah..