Pages

Subscribe Twitter Facebook

Isnin, 23 Ogos 2010

Pakatan Rakyat Sudah Menang PRU -13?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua pembaca dan rakyat Malaysia.Gelak juga aku apabila PR menyatakan bahawa telah mendahului BN 47.02 % dalam e.undian PRU-13 yang mereka buat menggunakan Facebook.Mereka berkata 11 217 orang yang telah mendaftar didalam akaun tersebut.

Aku nak tanya sikit ni,adakah 11 217 orang yang melakukan  undian dalam dalam e-undian tu melepasi tahap umur mengundi?Adakah mereka akan mengundi?Cuma 11 ribu orang je ke?Tapi dalam Malaysia ni berapa juta rakyat Malaysia sebagai pengundi yang berdaftar dengan SPR?Berapa peratusan pulak yang mengundi dalam e-undi yang dibuat,sudah mendaftar dengan SPR?

Aku rujuk kepada SPR yang pengundi berdaftar sehingga sehingga Mei 2010 ialah 11.247,525 pemilih. Nah..cuba kita lihat hanya berapa peratus sahaja jika dibandingkan dalam undian yang dilakukan oleh PR melalui e-undi mereka.Lagi 1 PR mesti kena ingat dalam alam maya ni macam-macam boleh orang lakukan.Takkan lah pemimpin PR yang begitu berpelajaran boleh percaya dengan e-undian ni.

Ni buat aku teringat dengan kata-kata orang tua dulu-dulu,"Ko ni macam ayam lah,bertelor sebiji riuh sekampung"Hahaha....Tapi tu kata orang tua dulu-dulu.Orang tua sekarang ni mungkin tak tahu kata-kata tu.Melayu moden la katakan.Sampai rumah kata pergi,Kubur kata mari pon mereka x perasan.

 

0 ulasan: