Pages

Subscribe Twitter Facebook

Khamis, 19 Ogos 2010

MCA semakin berani ketepi ketetapan Perlembagaan – Rosnah

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Puteri UMNO hari ini menggesa orang Melayu yang selama ini enggan bersatu atas dasar apa sekali pun, membuka mata dan sedar dengan kenyataan Presiden MCA, Datuk Dr. Chua Soi Lek mengenai kesediaannya untuk berkongsi pandangan dengan DAP dalam hal yang memberi keuntungan kepada kaum Cina.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, ketegasan Soi Lek yang menyatakan pendiriannya itu selain mengemukakan pelbagai tuntutan untuk kepentingan kaum Cina jelas menunjukkan betapa parti itu tidak menghormati semangat perpaduan yang dimeterai di bawah parti induk Barisan Nasional (BN).
“MCA nampaknya semakin berani mengetepikan ketetapan Perlembagaan yang telah memperuntukkan hak bumiputera dan bukan bumiputera di negara ini dengan mengemukakan pelbagai tuntutan sehingga menimbulkan rasa serba salah di pihak kerajaan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, Puteri UMNO kesal kerana setiap kali orang Melayu memperkatakan tentang hak yang telah ditetapkan di sisi Perlembagaan, ia akan dikatakan perkauman atau rasis.
“Sedangkan kaum lain pula bebas melaung-laungkan tuntutan mereka atas alasan itu adalah hak yang mesti diperjuangkan dan tidak pula dikatakan rasis.
“Sehubungan itu, orang Melayu mesti membuka mata melihat seperti mana kaum-kaum lain sanggup bersatu hati memperjuangkan tuntutan mereka,” katanya.
Menurut beliau, perkara itu tidak berlaku di kalangan orang Melayu yang kelihatan tidak pernah kisah tentang perpaduan malah sanggup bekerjasama dengan kaum lain kononnya atas nama perjuangan politik.
Jelasnya, perkembangan baru ini jika tidak diteladani oleh orang Melayu maka kedudukan mereka akhirnya akan tersisih dari kaum lain sekalipun terjamin dari segi Perlembagaan.
“Ini kerana kaum lain begitu bersungguh-sungguh dan sanggup bersatu biar pun berbeza pandangan politik sehingga tidak mustahil akan membentuk kekuatan kaum mereka di negara,” katanya.


Assalamualaikum,hai Melayu takkan kita tak sedar lagi kot?UMNO dan PAS sibuk nak menyalahkan antara satu sama lain.Tengok MCA yang duduk di bawah payung Barisan Nasional sanggup berkongsi pendapat dengan DAP.Betul kata mantan PM Tun Dr.Mahathir Mohamad,"MELAYU MEMANG MUDAH LUPA"Pasni apa pulak langkah MCA?Tidak mustahil sesuatu diluar dugaan akan berlaku ka?LU pikirlah sendiri.

0 ulasan: