Jumaat, 6 Ogos 2010

Mat Rempit Terlampau.


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Wekang,cucuk buntot,sagat tungking,,ada bran,sebelah tangan dan banyak lagi istilah-istilah yang melambangkan keberanian Mat Rempit menunjukan lagak serta memperjudikan nyawa mereka ditengah kesibukan jalan raya bagi mencabar kawan serta lawan mereka.Antara modifikasi motor pulak isitilah seperti kopek ekzos,tayar sotong,chamber,korek block,korek arm adalah untuk menambah kelajuan serta pick-up motor mereka.


Mat Rempit boleh dibahagikan kepada 2 kategori.Kategori yang pertama adalah mat rempit yang terlampau ekstrem dalam kehidupan rempit mereka.Mereka ini adalah mat rempit yang terlampau dan menjadikan kerjaya pelumba haram untuk mereka terus hidup.Kebanyakan Mat Rempit kategori ini tidak mempunyai pekerjaan dan selalunya terbabit dalam ks jenayah sperti ragut dan peras ugut.Kategori kedua adalah kumpulan Mat Rempit yang hanya suka make-up motor mereka supaya kelihatan gempak bila berada dijalanraya.Mat Rempit spesis ni tak berapa minat sangat dalam perlumbaan haram.Diorang ni hanya plasing kecantikan motor diorang jek.Bukan semua Mat Rempit ni jahat.Mereka pon manusia seperti kita juga.Tapi banyak diantara mereka ini kurang berakal.Mengapakah kita asyik bercerita tentang keburukan dan kebodohan Mat Rempit dan apa pulak jalan penyelesaian yang sudah kita lakukan?Inilah lah rakyat Malaysia.mereka tahu mengkeji jek,tapi tidak mahu mengkaji dan mencari jalan penyelesaian yang relevan.Adakah hukuman yang lebih berat boleh melumpuhkan aktiviti Mat Rempit?


Hukuman yang lebih berat bukan jalan penyelesaian yang sempurna.Bila Mat Rempit dapat tahu yang hukuman berat yang mereka terima sekiranya mereka ditahan polis,mereka akan menjadi lebih liar,ganas dan kurang ajar ini akan menyebabkan lebih ramai lagi anngota polis akan dilanggar,disepak dan lebih malang lagi kalau di hentak dengan helmet.Silap-silap boleh bawa maut wo...Bertambahlah pulak bilangan ibu tunggal dan anak yatim kat Malaysia ni.ahakz...Daripada kita selalu mengambil tindakan yang tidak rasional,apa kata kita sama-sama mencari jalan penyelesaian yang boleh diterima oleh semua pihak dan boleh menguntungkan kedua-dua pihak.Sebagai contoh,kenapa tidak kita menambah course di IPT dan mencadangkan kepada pihak telivisyen swasta manganjurkan Akademi Rempit.Boleh ke tidak?Kita tidak patut menahan minat orang lain.Ini adalah minat yang boleh membawa keuntungan kepada bangsa dan negara.Tidak mustahil jika satu hari nanti Malaysia akan ramai melahirkan top raider dalam kancah dunia permotoran antarabangsa jika langkah-langkah tersebut dapat dikaji.






Mahukah kita melihat anak bangsa kita mati katak dijalanraya?98% Mat Rempit ini adalah anak-anak Melayu,adakah kita suka melihat anak-anak Melayu yang digelar Mat Rempit memenuhi penjara-penjara kat Malaysia ini?Ataupun kita mahu melihat mereka ini sebagai anak Melayu yang berjaya? Bersama-samalah kita berfikir secara matang dan meminta kerajaan membuat keputusan yang betul untuk menyalurkan minat si Rempit ini ketempat yang betul.Kepada sesiapa yang ada cerita untuk dikongsi,tidak kira sejarah hitam,masalah ataupun kehidupan didalam dilema,bolehla emailkan cerita anda di ragam1malaysia@gmail.com

1 ulasan:

acad27 berkata...

Assalamualaikum,
Rempit dan bikers/riders berbeza dari segi mentality,attitude dan appearence.