Pages

Subscribe Twitter Facebook

Ahad, 22 Ogos 2010

Latah Dr.Mujahid Yusof Rawa

Asslamualaikum dan salam 1Malaysaia kepada pembaca blog Ragam 1Malaysia.Aku kadang-kadang boleh sakit hati bila mendengar statement berhubung isu doa Guan Eng dalam khutbah kedua Jumaat.Dekat sini aku pelik dengan seorang Ahli Jawankuasa Pas Pusat,Dr.Mujahid Yusof Rawa,yang mengatakan UMNO telah menggunakan isu agama dengan memainkan isu Guan Eng dalam doa kedua khutbah Jumaat bagi mendapatkan sokongan masyarakat Melayu di Pulau Pinang.

Ni aku nak tanya sikit ni,bukankah PAS yang selalu bermain dengan Agama dan Hukum untuk mendapat sokongan Melayu?Macam-macam fatwa yang PAS keluarkan untuk agenda politik mereka,maklumlah,orang Melayu ni bila kita baca tiga empat ayat mereka jadi percaya.Kafir sana kafirkan sini.Apa hukum mengkafirkan orang Islam ni?Apa sebab kita mengkafirkan orang yang bukan kafir?Siapa kita hingga kita boleh mengkafirkan seseorang Islam?Islamkah kita bila kita mengkafirkan Islam?Ha...mana-mana orang PAS yang baca blog aku ni,jawablah soalan yang aku kemukakan tu,kalau korang rasa korang bijak sangat dan bagus sangat.

Salahkah UMNO membongkarkan isu tersebut untuk membela Islam?Biar rakyat tau apa yang PAS buat bila duduk dalam PR.PAS tak boleh nak buat apa-apa kan?Takut dengan DAP ke?Lawaklah korang ni.Sebab aku nak sangat dengar apa kenyataan Tuan Guru Nik Aziz dalam perkara ni.Yela...dia tu tuan Guru,aku ni sape la,sepatah kata orang-orang tua huruf Aliff bengkok pon tak berapa kenal.Mestilah kena tunggu kenyataan alim ulamak,betol tak?




“Sebagai umat Islam kita boleh berdoa kepada sesiapa sahaja, namun begitu perkataan 'ganti' yang digunakan itu membahayakan kerana ia sudah disalah tafsir oleh sesetengah pihak selain ia melibatkan nama besar Yang di-Pertuan Agong dan Islam,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Ha ini kenyataan yang aku tak boleh nak tengok jek.Memang sebagai umat Islam kita boleh mendoakan sesiapa saja,tapi mendoakan untuk kesejahteraan orang kafir dalam doa kedua dalam khutbah apa hukumnya?2 khutbah tu kan sebagai mengantikan 2 rakaat sembahyang,boleh kita mendoakan orang kafir dalam sembahyang kita?Kita boleh mendoakan orang kafir,bagi meminta supaya ALLAH memberikan hidayah untuk dia menerima Islam,bukannya mendoakan untuk kesejahteraan hidup mereka.Apa yang Guan Eng dah berikan pada PAS Pulau Pinang untuk pembangunan Islam dan orang Melayu sehingga PAS bersikap begini?Korang ni buat aku serabut la dengan hukum-hukum korang.Islam bukannya untuk PAS jek,Islam untuk semua.Alahai..tu pun susah ke.

0 ulasan: