Jumaat, 20 Ogos 2010

Ragam Di Bazar Ramadhan.


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua umat Islam yang menjalankan ibadah puasa semoga puasa kita semua diterima oleh Allah SWT.Bila kita bercerita tentang bulan puasa ini,kita sering membayangkan juadah-juadah yang ada di jual dibazar-bazar Ramadhan ni.

Ahakz...bila waktu petang kalau kita pergi ke bazar Ramadhan macam-macam ragam manusia yang kita jumpa.Ada yang kelakar yang membuatkan kita boleh pecah perut bila melihatnya.Ada pula yang membuatkan kita berasa pelik sehingga boleh membuatkan otak tersimpul mati memikirkannya.


Apa taknya,kadang-kadang bila aku tengok orang-orang yang pergi kebazar Ramadhan ni bila dia beli makanan,mak oi..banyaknya,boleh habis ke diorang makan.Diorang ni makan ke melantak?Macam dah setahun tak makan pulak.


Yang pompuannya pulak skali beli lauk pauk dah macam nak buat kenduri doa selamat la pulak.Kan mane yang nak diet tu,bulan Ramadhan lah waktu yang sesuai untuk kita menurunkan berat badan.Ini tak,bila bulan Ramadhan berat badan makin bertambah pulak.Haha..




Ni kata orang tua-tua,kita ni hidup untuk makan dan bukannya makan untuk hidup.Apapun bazar di bulan Ramadhan ini ada kelebihannya,iyelah kuih muih yang takde serta susah nak cari dibulan-bulan yang lain bila di bazar Ramadhan semuanya ada.Kuih yang pelik-pelik pun ada,pendek kata macam-macam yang ada.Hahaha...


Tentang kuih  'pebret' aku lak ringkas jek.Kalau berbuka puasa aku suka makan epok-epok (karipap) dan murtabak tu je la yang aku makan selain buah Kurma sebagai pembuka puasa.Tapi xalah banyak sangat aku makan cukup dengan sekeping epok-epok dan setengah keping Murtabak sudah.Tu pun da macam tak larat nak bangun.Tapi banyak jugak jenis kuih yang aku suka,kebanyakannya kuih orang tua dolu-dolu la,mcm buah Melaka,kuih Jongkong,Kuih Koci dan banyak lagi la yang aku tak ingat dan tak tahu nama kuih-kuih tu,sebab aku ni tau makan jek.Hahaha...


Diakhir ni aku nak berpesan kepada diri aku dan rakan-rakan pembaca supaya kita jangan ikutkan nafsu sangat.Kita kena kembali kepada tujuan asal untuk kita berpuasa.Jangan kita berpuasa kerana berbuka dan jangan kita berpuasa untuk Raya kita ni berpuasa kerana Allah Ta'ala betul tak?Puasa ni mengajar kita melawan hawa nafsu bukannya tunduk kepada hawa nafsu.

0 ulasan: