Pages

Subscribe Twitter Facebook

Jumaat, 13 Ogos 2010

Betul Ke Felda Bangkrap?



Asslamualaikum dan salam 1Malysia kepada semua pembaca-pembaca Ragam 1Malaysia.Hari ini Perdana Menteri,Dato'Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan agihan  duit raya dengan jumlah keseluruhan RM 37.14 juta kepada 112.635 peneroka Felda.Duit raya RM 350 seorang untuk mereka yang bersama FELDA manakala mereka yang tidak bersama FELDA akan menerima RM150 seorang.

Mereka yang tidak diketogorikan sebagai bersama FELDA adalah mereka yang tidak menanam semula menerusi agensi tersebut.Dalam kenyataanya Dato'seri Najib berharap duit raya tersebut boleh sedikit sebanyak boleh membantu keluarga peneroka meringankan bebanan kewangan untuk persiapan menyambut Aidilfitri.Pemberian duit Raya tersebut akan diberikan menjelang Aidilfitri ini.Beliau juga mengambil kesempatan tersebut dengan menyeru peneroka yang tidak bersama FELDA supaya kembali kepada agensi tersebut untuk memaju dan memakmurkan lagi tanah-tanah rancangan.




Kat sini aku terfikir dengan laporan akhbar suara Keadilan yang menyatakan FELDA Bangkrap pada edisi  22 29 Jun 2010.Tak pasal-pasal Suara Keadilan kena saman RM200 juta.Duit RM200 juta tu kalau bagi kat aku ada faedahnya.Hahaha...Kalau betul lah FELDA bangkrap kenapa Suara Keadilan tidak mengemukakan fakta,bukannya auta semata-mata.Pepatah Melayu ada mengatakan 'Berani Kerana Benar,Takut Kerana Salah'.Jangan lah asyik nak kelirukan rakyat kerana tembolok sendiri je.Pikir la masa depan anak bangsa.Ops...Kalau bangkrap mana FELDA nak dapat duit 37 juta hengget tu?ZzzZZzzzZZz...

0 ulasan: