Pages

Subscribe Twitter Facebook

Jumaat, 20 Ogos 2010

Lim Guan Eng Dalam Doa Khutbah Jumaat.


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,wa..panas gile aku bila aku dapat tahu yang beberapa Masjid di Pulau Pinang memasukkan nama Lim Guan Eng dalam doa khutbat Jumaat dan mengugurkan nama Yang Di-Pertuan Agong dalam doa tersebut.Apa hukum seorang kafir dimasukkan dalam doa khutbah Jumaat?Ish..gila betul bila orang taksub dengan politik ni.Aku nak sengat apa yang Tuan Guru katakan dalam isu ini.Adakah Nik Aziz akan menghalalkan perbuatan ini?Jangan pulak kerana politik Tuan Guru sanggup mengeluarkan fatwa yang bukan-bukan tentang isu ni.

Dimana letaknya maruah Islam Negeri Pulau Pinang yang meletakkan nama Guan Eng dalam doa khutbah mengantikan nama Yang Di Pertuan Agong?Siapakah Lim Guan Eng untuk didoakan?Tak tahulah aku kalau Guan Eng tu da tuka nama pada Ahmad Ah Leng.Kenapa nama Yang Di Pertuan Agong disingkirkan?Bukankah Yang Di Pertuan Agong tu payung kepada Agama Islam.Dalam kes ni aku betul-betul rasa marah apabila pemimpin tertinggi Agama Islam dalam Malaysia disingkir dan digantikan kepada seorang kafir.

Bagi aku ni perkara yang  terbesar berlaku dalam Malaysia membabitkan pemimpin DAP dan Islam.Kalau kita ingat tidak berapa lama dahulu ada pemimpin DAP yang berceramah di hadapan orang Melayu Islam menggunakan ayat Al Quran.Bodoh sangat ke orang Islam kat Malaysia ni,sehingga orang kafir yang anunya kolop boleh mengajar dan membacakan kita ayat suci Al-Quran.

Tolonglah,aku mohon kepada semua pihak berkuasa seperti PDRM dan Jabatan-Jabatan Agama Islam agar bertindak tegas dan jangan lembik sangat menangani seperti ini.Bagi orang politik pulak,jangan lacurkan Islam demi kepentingan politik sempit untuk diri sendiri.Kepada Tuan Guru Nik Aziz ingatlah sebagai Ulamak kononnya,berpolitik lah untuk Islam dan bukannya Islam untuk politik.

0 ulasan: