Pages

Subscribe Twitter Facebook

Selasa, 17 Ogos 2010

Mabuk Sakan Di Bulan Puasa.

Mabuk sakan di bulan puasa

Harian Metro
2010/08/17
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ada wanita Islam mabuk ketika berparti di sebuah pusat hiburan di ibu kota seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan.
Perbuatan biadab wanita terbabit terbongkar dalam serbuan polis di pusat hiburan berkenaan, Sabtu lalu.
Ketika diserbu, lima wanita itu berpelukan dengan teman lelaki masing-masing sambil berjoget, malah tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Mereka yang berada di pusat hiburan terbabit sejak 10 malam dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan sering berpindah dari satu kelab ke kelab lain.

Dalam operasi kira-kira jam 1.50 pagi itu, premis tingkat bawah di kawasan perniagaan Cheras di sini, diserbu polis dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) dan diketuai Asisten Superintendan Sharil Mohd Johar.

Seramai 73 pelanggan diperiksa dalam operasi membanteras penggunaan dadah di kelab malam di sekitar ibu kota.



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua pembaca blog 1Malaysia.Apa la nak jadi orang-orang islam kat Malaysia ni,dalam bulan Ramadhan ni pun tak reti-reti nak berhenti nak menjauhkan diri dari perkara-perkara yang mungkar.Ingatlah sikit bulan Ramadhan ni bulan untuk membersihkan jiwa dan memperbanyakkan amal ibadah janganlah cemarkan bulan yang suci ni dengan menda-menda maksiat.

Sosial,sosial juga tp ingatlah ini bulan apa.Aku pun bukan jenis Muslim yang baik tapi aku boleh hormat Ramadhan.Ye la orang cakap kubur lain-lain kan,tapi korang mesti ingat,api Neraka yang membakar kita tetap sama.Lantak lah kat korang.Nak cakap lebih-lebih pun tak guna gak kan?

0 ulasan: