Selasa, 24 Ogos 2010

Newsweek Iktiraf Malaysia.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,baru-baru ini majalah Newsweek telah meletakkan Malaysia di tangga 37 dalam senarai "The World's Best Country".Pengiktirafan tersebut dibuat atas dasar Ekonomi,Politik,Pelajaran,Kesihatan dan Kualiti Hidup.Singapura berada di tangga 20,Thailand 58,Filipina 63 dan Indonesia ditangga 73.


Malaysia juga tersenarai sebagai negara ke lapan terbaik dalam kategori pendidikan negara berpendapatan sederhana.Penilaian dibuat membabitkan 100 buah negara yang mana Finland merajai kedudukan teratas diikuti Swirzeland dan Sweden yang tempat kedua dan ketiga.

Dalam bulan kemerdekaan ni,kita patut  rasa bangga kerana negara kita telah diiktiraf walaupun dikedudukan 37,jadikan ini landasan untuk Malaysia terus memacu menuju wawasan 2020.Syabas Malaysia!!

0 ulasan: